27 Julai 2009

H1N1 Menular Di Dungun

27 Julai 2009

Lagi Asrama Dan Sekolah Ditutup Akibat H1N1 Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 26 Julai (Bernama) -- Sekolah Menengah Sains Dungun dan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya), Marang, diarah tutup selama seminggu mulai hari ini selepas pelajar berkenaan disyaki menghidapi wabak influenza A(H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Dr A.Rahman Mokhtar berkata sebanyak 13 kes pelajar yang mempunyai simptom penyakit itu dikesan di sekolah berkenaan manakala 10 lagi di asrama tersebut.

"Oleh demikian, Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan arahan penutupan selama seminggu dan semua pelajar asrama dikehendaki pulang ke rumah masing-masing bagi mengelak penularan wabak itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin turut menerima nasib sama.
Share


0 comments
 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.