15 Februari 2008

Kenali Dungun

15 Februari 2008
===================================================
ARTIKEL TERKINI (kemaskini pada 27/03/2010)
===================================================
pokok dungun 
Nama DUNGUN berasal daripada pokok Dungun (klik untuk ketahui maklumat lanjut berkenaan Pokok Dungun) yang banyak terdapat di daerah ini pada satu ketika dahulu. Bersempena dengan nama ini, Dungun yang telah berkembang dengan mendapat status Majlis Perbandaran Dungun pada 20 Ogos 2008. Dungun yang berkembang pesat sebagai salah satu daerah di Terengganu mendapat manfaat daripada pembangunan terancang yang dialakukan kerajaan negeri dengan bantuan kerajaan pusat. Kedudukannya yang strategic di pinggir laut cina selatan dicurahkan dengan hasil petroleum di di Paka dan daerah berhampiran iaitu Kerteh, Kemaman.

Dungun juga boleh dinobatkan sebagai daerah yang mempunyai institusi pendidikan yang lengkap bermula dengan peringkat rendah, sekolah Menengah pelbagai aliran seperti sekolah-sekolah elit, Sekolah menengah Imtiyaz, Sekolah Menengangah Sains Dungun dan Sekolah Teknik Dungun sehinggalah pusat pengajian tinggi iaitu UiTM dan Politeknik Sultan Mizan.

Dungun yang pernah menjadi jajahan takluk kepada kerajaan Majapahit, mempunyai pelbagai keunikan yang tersendiri. Terdapat kawasan yang menjadi tarikan pelancongan seperti Pulau Tenggol, Teluk Gadong, Hutan Rekreasi Bukit Bauk dan banyak lagi. Setiap potensi yang ada di daerah ini telah dikenalpasti bagi meneruskan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat.
Polisi pemimpin setempat yang terarah kepada merakyatkan pentadbiran dan pembangunan menjanjikan satu perubahan baru yang mampu meralisasikan harapan masyarakat Dungun yang inginkan keharmian setempat seiring dengan pembangunan fizikal dan kerohanian.
 

Sejarah Daerah Dungun

Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Bukit Besi. Bukit Besi berkeluasan 1618 hektar terletak dalam Mukim Besul merupakan “Lombong Bijih Besi Terbuka” terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an.

Syarikat yang terlibat, Nippon Mining Company (NMC), Kuhara Mining Company dan Eastern Mining & Metal Company (EMMCO). Operasi perlombongan ditutup pada 1 Oktober 1970Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Bukit Besi. Bukit Besi berkeluasan 1618 hektar terletak dalam Mukim Besul merupakan “Lombong Bijih Besi Terbuka” terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an.

Syarikat yang terlibat, Nippon Mining Company (NMC), Kuhara Mining Company dan Eastern Mining & Metal Company (EMMCO). Operasi perlombongan ditutup pada 1 Oktober 1970.

Daerah Dungun yang berkeluasan 273,487 hektar merupakan daerah ke-2 terbesar di Negeri Terengganu, mengandungi 11 mukim iaitu;
1. Mukim Sura
2 .Mukim Kuala Dungun
3. Mukim Kuala Abang
4. Mukim Kumpal
5. Mukim Kuala Paka
6. Mukim Rasau
7. Mukim Hulu Paka
8. Mukim Besol
9. Mukim Jerangau
10.Mukim Jengai
11.Mukim Pasir Raja.








    ===================================================
    Bawah : ARTIKEL TERDAHULU (15/02/2008) 
    ===================================================
    SEJARAH AWAL
    Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu. Campurtangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan.
    Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-
    `This list, which was prepared in 1365 in the Negarakretagama includes not only Terengganu but also Paka and Dungun, two rivers in the south of the state which in modern times can boast nothing larger than a fishing village'
    Dungun dikatakan berasal daripada nama pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar) dan dipercayai telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada:-

    i) Kebanyakan orang Dungun suatu masa dahulu berasal daripada Kepulauan Indonesia.
    ii) Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.

    Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 - 1918 ), daerah Dungun diserahkan kuasa berkaitan hasil mashul kepada Tengku Bukit, nenda saudara baginda.

    1921 - Campurtangan British dalam pentadbiran negeri Terengganu setelah perjanjian 1941 yang membawa kepada kemasukan seorang Penasihat British yang bertindak sebagai penasihat dalam semua hal-hal yang berkaitan pentadbiran kecuali hal-hal keagamaan. Mereka telah membahagikan negeri Terengganu kepada beberapa jajahan yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Jajahan, Jajahan tersebut ialah:-
    Jajahan Barat (Besut dan Setia)
    Jajahan Timur (Dungun, Paka, Kerteh, Kemasek dan Kemaman)
    Jajahan Tengah (Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang)
    1942 Semasa pendudukan Jepun di Terengganu, Pesuruhjaya Jajahan telah diganti dengan Pesuruhjaya berbangsa Jepun. Rumah pasung dibahagi kepada 3 cawangan iaitu Keimu Kakari, Hoan Kakari dan Tokko Kakari dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.
    Daerah Dungun menjadi lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuan dan perlombongan bijih besi pada tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan diexspori ke Jepun pada tahun 1931. Pembangunan di Dungun khususnya di Bukit Besi menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel) keretapi dan bangunan pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun pekerja-pekerja lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.
    Hasil-hasil bijih besi telah diekspot ke Jepun hinggalah kepada pendudukan Inggeris di Terengganu amnya dan Dungun khususnya, kawasan lombong bijih besi diambil alih oleh Kerajaan Inggeris.
    Rujukan:-
    1. Terengganu, Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali 1996.
    2. Malayan, Branch Royal Asiatio Society Vol.XXII Part 3 oleh M.C.FF.Sheppard, A.R.Hill, C.A. Gibson Hill, 1949.
    3. Terengganu Annual Report 1925 – 1936
    4. Geological Servey West Malaysia, IRON ORE, DEPOSITS OF WEST MALAYSIA, Buletin 2
    LATARBELAKANG
    Penemuan bijih besi, Daerah Dungun merupakan Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.
    Penutupan Lombong Bijih Bukit Besi Dungun menjadi malap. Pada tahun 1973 KETENGAH diperbadankan dimana aktiviti utamanya tertumpu kepada penempatan semula dan industri Pertanian (kelapa sawit). Manakala pada awal tahun 1994 Daerah Dungun mula menerima limpahan pembangunan industri dari Daerah Kemaman dengan pembukaan Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 di Kawasan Tok Arun, Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS dan Janakuasa letrik di Paka.
    Dijangka Dungun akan terus berkembang maju dalam bidang industri berasaskan gas dan petrolium. Dalam masa yang sama faktor-faktor lain seperti pendidikan, agama, pertanian , perikanan, kesihatan dan pelancongan juga akan diberi keutamaan sesuai dengan dasar

    LAIN INFO
    Dungun adalah sebuah daerah yang pantai negara Malaysian Terengganu. Kuala Dungun merupakan ibu kota daerah.

    Bandar Kuala Dungun pernah menjadi satu bandar perlombongan yang kuat dalam 1940 an. Pelombongan bijih besi dilombong di bandar kecil pedalaman bernama Bukit Besi, manakala Kuala Dungun menjadi seperti sebuah pelabuhan di mana bijih telah dipindahkan ke dalam kapal-kapal melaui Bandar Dungun. Kuala Dungun dan Bukit Besi disambungkan dengan satu landasan kereta api bahawa bukan hanya untuk perusahaan perlombongan, juga berkhidmat sebagai pengangkutan awam untuk orang-orang kampung pedalaman, perbandaran Dungun dan syarikat-syarikatnya.

    Zaman "keemasan" ini berakhir dalam lewat 70-an dan awal 80-an. Apabila lombong beransur-ansur ditutup, perkhidmatan keretapi pula dihadkan. Bukit Besi sekarang sebuah ladang dikenali sebagai "Government-financed estet"; bukit-bukit beralun dan seni bina orang British yang lama kini telah lama menghilang, diganti oleh Felda Estate perumahan dan pokok-pokok minyak sawit.

    Bandar Dungun benar-benar hidup setiap hari Khamis apabila pasar malam dibuka untuk perniagaan. Ia adalah terkenal sebagai pasar malam yang terbesar dalam Terengganu, dengan pelbagai pakaian, peralatan. Pasar malam ini terletak di tengah pusat bandar, mengambil alih sepotong landasan kereta api lama.

    Sekarang, Dungun tidak sebuah yang bandar kecil lagi. Sebahagaian besar penduduk terlibat dengan perusahaan minyak tertumpu dalam perbandaran di selatan, Kerteh.

    Tanjung Jara Resort dengan terbentang pantai indah dan bertembung dengan muara yang cantik antara yang terkenal di dunia.


    Dungun adalah tempat rekreasi untuk pekerja-pekerja orang British syarikat perlombongan suatu masa dulu. Ia dijadikan tempat bersantai dan sosial.Terdapat dewan muzik, mencatatkan barangan, bidang-bidang kriket dan sebagainya yang membuat Dungun lain daripada perbandaran-perbandaranyang lain dalam Terengganu pada masa.

    Tahun 2006, Dungun mengalami satu peningkatan. Dungun telah menerima kemasukan dengan banyaknya untuk pembaikan jalan-jalan dan penubuhan beberapa kawasan membeli-belah baru. Kini....DUNGUN MEMBANGUN
    
    
    Share


    4 comments:

    mohd zan mat ali berkata...

    Aku dibesar dan mendapat pendidikkan dari darjah 1 hingga darjah 6 di sekolah kebangsaan pusat dungun...banyak kenangan di sana...

    Tanpa Nama berkata...

    Hai, aku pernah sekolah di sekolah kebangsaan pusat dungun...banyak kenangan di sana..antara guru kelasku yang masih aku ingat..CIKGU lONG..cIKGU rAMLAH..DAN GURU bESAR..WAN HUSIN....juga Cikgu Malek...

    Tanpa Nama berkata...

    ambe sekolah pusat dungun gok 1977-1982..antara arwah cikgu rosdi salim,cikgu ghani bm(rambut afro),cikgu mustapha muntajmiah,cikgu wan hamidah....cerita budak2..tepi sekolah kubur jepun....tapi sblm masuk kelas biasa jugak main belaga buah getah dengan budak2 sekolah...cikgu salleh,guru besar arwah cikgu wan hussin (cikgu salleh,cikgu wan hussin satu sekolah dengan ayah saya di sekola paya bunga kuala terengganu)

    Tanpa Nama berkata...

    ambe dan lalu zaman bukit besi..ayah ambe pindah dari losong ke bukit besi bersama adik beradiknya..kerja di sana...lepas 1970 bukit besi tutup..adik2 beradiknya balik ke losong.tinggallah ayah dan mak saya menetap di dungun..dulu..kini..dan selamanya

    Catat Ulasan

     

    1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.