27 Mac 2010

Koleksi Lagu 1Dungun

27 Mac 2010
ulekmayangBerikut adalah sebahagian daripada koleksi lagu-lagu yang ada dalam simpanan kami.

Lagu Negeri
Lagu Rakyat Dungun
Lagu Rakyat Terangganu
Lain - lain lagu akan dikemaskini dari masa kesemasa

 
LIRIK LAGU : Selamat Sultan
 
Allah Daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman

==========================================
LIRIK LAGU : Dungun Membangun
*INTRO (Ramai)
Dungun..Dungun, Dungun membangun
Dungun..Dungun, Dungun membangun
*SUARA SOLO (Lelaki)
Dari nama sejenis pohon
Dari jejak perintis Tok Hitam Tambun
Pengorbanan Jusoh Kumpal satria
Mengalir perjuangan tebus merdeka
Mendidih semangat, berdegup jantung
Nama yang keramat, bumiku Dungun
*KORUS (Ramai)
Dungun..Dungun, Dungun membangun
Dipayungi negeri yang kita junjung
Memahat sejarah, mencipta tamadun
Terengganu bistari, Dungun membangun
Marilah berpadu dan teguhkan barisan
Kita hapuskan kedaifan dengan gelombang
Zaman gelap yang parah dah berganti terang
Jangan diulang perit tersalah pilihan
Dungun..Dungun, Dungun membangun
Dungun..Dungun, Dungun membangun
*SUARA SOLO (Perempuan)
Kepada petani, penternak dan nelayan
Rasa perubahan yang tak pernah dimimpikan
Ada KETENGAH. FELDA dan FELCRA
Jalan-jalan dibina, ibarat membelah desa
*SUARA SOLO (Lelaki)
Sura dan Paka tak macam dulu
Bukit Besi tak sepi, Rantau Abang tak sayu
Arked MARA ada jambatan baru dibina
Hospital tegak, kita jauh berubah
*ULANG KORUS (Ramai)
*SUARA SOLO (Lelaki)
Wahai saudara janganlah taksub pandangan
Lihatlah masjid dan rumah disemua kawasan
Basmi kemiskinan menjadi kewajipan
Kebajikan warga, kami tak abaikan
*SUARA SOLO (Perempuan)
Bantuan pelajaran banyak ku terima
MRSM dan UiTM ditingkatkan jua
Sekolah IMTIAZ dan pelajaran agama
Dungun membangun, penuh jiwa dan raga
*ULANG KORUS (Ramai)
*SUARA LELAKI & PEREMPUAN
Inilah kemajuan yang kita capai
Banyak lagi yang belum selesai
Rimba Bukit Bauk kini lestari
Bandar baru Kumpal menunggu dirasmi
ECER pasti bawa limpahan
Dungun membangun, inilah kenyataan
Perjuangan untuk rakyat tiada batasan
Ayuh..... bersatu kita dalam barisan!
*ULANG KORUS (Ramai) DENGAN TEPUKAN TANGAN

Inspirasi perjuangan:
YBhg Datuk (Dr) Haji Rosli Mat Hassan
Ilham & seni lagu oleh:
Shahrom Md Dom
Nyayian:
Ku Syam & Zaira
==============================================

LIRIK LAGU : Pewaris Anak Dungun

Selagiku ingat
Pedagang Tok Hitam Tambun
Perintis bandar Dungun
Selagiku ingat
Pendekar Jusoh Kumpal
Hidup-hidup dikambus Jepun

Selagiku ingat
Orang putih menguasai negeri
Meraih rakus kekayaan Bukit Besi

Selagiku ingat
Terngiang suara Tun Razak
Mengajar erti pembangunan
Keseluruh negeri dilancarkan
Tahun 1974 di Dewan zink berwarna Merah

Selagiku ingat
Uri temburi lahirku
Bersemadi di bumi Dungun
Akanku korban
Jiwa dan raga
Harta dan segalanya
Untukmu
Pewaris Anak Dungun
Luahan suara hati:
YBhg Datuk (Dr) Haji Rosli Mat Hassan
Senilagu oleh:
Ramli Sarip
==============================================
asa
Share


0 comments:

Catat Ulasan

 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.