03 Disember 2009

Gelombang Ke 3 Melanda

03 Disember 2009
Ini merupakan gambar-gambar yang dirakam pada 3 Disember 2009 sewaktu saya melakukan rondaan bagi melihat mana-mana perlu kawasan untuk menasihatkan penghuni berpindah. Untuk kawasan Sura, Pusat Pemindahan Bencana adalah di Sekolah Rendah Kuala Dungun dan tinjauan saya pada jam 4 pagi sebelum saya balik ke rumah semalam, jumlah keseluruhan mangsa yang berpindah di Pusat Bencana tersebut adalah seramai 121 orang.

Pagi semalam juga, kira-kira jam 2.30 pagi saya bersama rakan-rakan (Skuad Banjir Dun Sura) bersama anggota Polis telah melakukan rondaan dengan meredah air bagi membuat tinjauan rumah-rumah mangsa perpindahan bagi menjamin keselamatan rumah dan isi rumah yang ditinggalkan. Maklum lah, dalam situasi macam ni ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan "Operasi Pecah Rumah"



Situasi kawasan perumahan di belakang Sekolah Menengah Sains Dungun, dimana kenderaan ringan dinasihatkan tidak melalui kawasan ini.
Share


0 comments

02 Disember 2009

Dungun 22 November 2009

02 Disember 2009
2
Sekitar jalan Batu 48

3
Sekitar jalan Batu 48
Share


0 comments

Lagu Kebesaran Negeri Terengganu “SELAMAT SULTAN”

2468945773_9fa6941be9

SELAMAT SULTAN

Allah Daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah Peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera Sepanjang Zaman
Allah Rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah Rakyat Aman

KLIK DI SINI untuk muatturun lagu ini.

Share


0 comments

Lagu Tema Negeri Terengganu “ IMPIANKU”

dungun fireworks

p/s Atas permintaan supaya diuploadkan kembali lagu tersebut.

IMPIANKU
Terengganu, negeriku
Tanah berdaulat, penuh semangat
Semua impian, lama kusimpan
Pasti kujadikan, ia kenyataan
Akan ku melangkah
Dengan semangat kental di hati
Tak kan ku mengalah
Tunaikan janji yang terpatri
Terengganu Maju- impianku
Impian ini, bukan fantasi
Ia realiti, berkat Ilahi
Kusahut cabaran, gapai kejayaan
Bukti kemampuan, genggam harapan
Tiada halangan
Pahat sejarah yang cemerlang
Hanya peluang
Bina tamadun yang gemilang
Terengganu Maju-impianku
Terengganu Maju-impianku
Ulang:
Bukan fantasi
Ia realiti, berkat Ilahi
Kusahut cabaran, gapai kejayaan
Bukti kemampuan, genggam harapan
Tiada halangan
Pahat sejarah yang cemerlang
Hanya peluang
Bina tamadun yang gemilang
Terengganu Maju-Impianku
Terengganu Maju-Impianku

Ilham dan konsep asal: YAB Dato' Seri Haji Idris Jusoh
© Hak Cipta Terpelihara - Pejabat Menteri Besar Terengganu

KLIK DI SINI untuk muatturun lagu ini

Share


0 comments

27 September 2009

Sura Gate : Kg. Alor Tembesu, Pemuda Mati Di Belasah

27 September 2009



Sumber : Berita Harian Online


KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang disangka pencuri mati dibelasah sekumpulan lapan lelaki dalam satu kejadian di Kampung Alor Tembesu, Dungun, awal pagi kelmarin.

Mangsa, Noor Azhar Mohd Zain, 24, mengalami kecederaan serius di kepala, perut serta mulut selepas dibelasah kumpulan lelaki terbabit, termasuk seorang pelatih konstabel sokongan, polis bantuan Petronas, anggota tentera dan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata kejadian berlaku apabila seorang daripada suspek iaitu pelatih konstabel dari Pusat Latihan Polis (Pulapol) mengunjungi rumah ibu angkatnya di Kampung Sura Gate bersama semua rakannya kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin.
Suspek kemudian tiba-tiba menyedari kelibat mangsa di bahagian luar rumah dalam keadaan mencurigakan dan menyangka mangsa seorang pencuri, lalu bertindak mengejar mangsa bersama rakan lain.

"Kerana menyangkakan mangsa adalah pencuri, suspek bersama rakan mengejar mangsa sebelum dapat menahannya di Kampung Alor Tembesu, kira-kira 170 meter dari rumah ibu angkat suspek.

"Selepas ditahan, mangsa tidak mengaku mencuri dan suspek serta rakan yang tidak puas hati terus membelasah mangsa yang parah di kepala dan perut sehingga pengsan.


Sumber : Sinar Harian

KUALA TERENGGANU- Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki membelasah seorang penagih dadah sehingga mati selepas penagih itu dipercayai mencuri, di Kampung Alor Tembesu di Dungun awal pagi semalam.

Ketua Polis Terengganu ACP Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata antara yang ditahan bagi membantu siasatan dalam kes itu ialah pelatih polis, anggota tentera, anggota polis bantuan Petronas, dan penuntut institusi pengajian awam.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.30 pagi semasa seorang pelatih konstabel dari Pusat latihan Polis (Pulapol) pergi kerumah ibu angkatnya di Kampung Sura Gate, Dungun bersama sekumpulan rakan-rakannya.

"Apabila tiba mereka ternampak seorang lelaki berumur 24 tahun di luar rumah itu dalam keadaan mencurigakan, dan mereka mengesyaki dia adalah pencuri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya kumpulan lelaki itu kemudiannya mengejar penagih berkenaan sehingga ke Kampung Alor Tembesu, kira-kira 170 meter dari Kampung Sura Gate, dan membelasahnya.

Mohd Shukri berkata akibat dibelasah, lelaki itu pengsan selepas mengalami kecederaan parah di kepala, mulut serta calar-calar di bahagian perut, dan dia meninggal dunia pada kira-kira pukul 6 petang semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

"Bedah siasat mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Alor Tembesu itu meninggal dunia akibat keretakan serius di tempurung kepala," katanya.

Beliau berkata semua suspek yang berumur antara 20 dan 25 tahun dari Dungun itu ditahan reman selama enam hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Katanya polis masih mencari seorang lagi lelaki yang sudah dikenal pasti identitinya untuk membantu siasatan.
Share


0 comments

27 Julai 2009

H1N1 Menular Di Dungun

27 Julai 2009

Lagi Asrama Dan Sekolah Ditutup Akibat H1N1 Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 26 Julai (Bernama) -- Sekolah Menengah Sains Dungun dan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya), Marang, diarah tutup selama seminggu mulai hari ini selepas pelajar berkenaan disyaki menghidapi wabak influenza A(H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Dr A.Rahman Mokhtar berkata sebanyak 13 kes pelajar yang mempunyai simptom penyakit itu dikesan di sekolah berkenaan manakala 10 lagi di asrama tersebut.

"Oleh demikian, Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan arahan penutupan selama seminggu dan semua pelajar asrama dikehendaki pulang ke rumah masing-masing bagi mengelak penularan wabak itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin turut menerima nasib sama.
Share


0 comments

19 Mac 2009

FAJAR : Monumen Yang Menyemakkan

19 Mac 2009
Jika pengunjung atau mereka yang menggunakan jalan Kuantan-Kuala Terengganu, tiba di Dungun dan melalui Jalan Baru Pak Sabah pasti melihat sebuah bangunan fosil ataupun tugu sebagaimana gambar di atas. Ini adalah bangunan lama yang dulunya dijadikan sebuah panggung wayang dikenali sebagai PANGGUNG FAJAR. Namun penduduk disekitar menggelarkannya PANGGUNG MEKET (Mek Ket @ Mek Kit).

Sejak bila ianya dibina tak sempat plak En.Lanun nak siasat. Nanti la En.Lanun akan ambil sampel bangunan tersebut untuk membuat ujian kimia di makmal bersama pakar kajihayat dari Uganda Timur dan temuramah dengan Makcik Bedah penjual kerepek pisang yang berjaya di sekitar jalan Albalion Road yang terletak di Real Madrid, Sepanyol. En.Lanun sempat jugak melihat beberapa buah filem kat situ. Antaranya Power Rangers The Movie (maklum la time tu En.Lanun masih kanak-kanak riang), Sembilu, dan beberapa buah cite Indonesia. Selain tu jika tiada duit maka En.Lanun menyelak daun pintu ditepi bangunan tersebut dan menyendalnya dengan anak batu bersama rakan-rakan untuk “skodeng” cite kat dalam. Pernah jugak sekali tu dikejar oleh pekerja panggung tu.

Setelah ditutup kerana penduduk Dungun ni mempunyai pemain HV sendiri (tape yang besar tu…time tu takde VCD lagi). Tape tersebut dapat disewa di beberapa buah kedai sekitar Dungun dengan kadar RM10 untuk 3 tape kalau tak silap, tapi sebelum tu kena daftar keahlian dulu. Maka secara tidak langsung dan secara siaran langsung pengunjung di panggung ni berkurangan. Beberapa saat, detik dan ketika kemudian ianya ditutup dan tidak digunakan.

Ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali struktur fosil ini dengan membuka kedai perabot, tetapi tidak lama kemudian ianya hangus terbakar sebagaimana babak kebakaran yang dtayangkan oleh panggung ini suatu masa dulu. Kini ianya dibiarkan usang dan ada juga aktiviti yang tidak sihat berlaku didalamnya seperti “mencucuk dadah” “menghidu gam“. “Yelah dah tempatnya pun terbiar takkan nak buat aktiviti sihat seperti senamrobik atau memasak plak kat situ” komen Cristiano Ronaldo ketika Manchester United membuat lawatan sambil belajar di Teluk Gadung beberapa tahun yang lepas.

Tapak tanah bangunan ini hanyalah pajakan sementara kepada pemilik bangunan ini dan ianya telah tamat sekitar tahun 1996 macam tu lah. Tetapi disambung kembali pajakannya oleh kerajaan negeri (peringkat daerah) ketika itu untuk 99 tahun lagi (kalau tak silap la). Oleh itu tiada siapa yang oleh menceroboh, atau merobohkan bangunan ini. Tiada sebarang injuksi mahkamah dapat dibuat. Maka penduduk Dungun perlu menunggu 99 tahun lagi untuk melihat monumen ini tidak dilihat. Betul ke ayat aku? Lantak la……..

FAKTA : Tahukah anda, walaupun sedemikian buruk rupanya Bangunan Fajar ini, ianya masih diletakkan tanda ” UNTUK DI SEWA”.

Share


7 comments

Menyusahkan Orang Lain

Sekiranya anda penduduk Dungun sudah tentu pernah pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Dungun, atau membayar bil elektrik di Kedai Tenaga. Jika berkereta agar sukar mencari tempat parking terutamanya jika waktu puncak ( di Dungun setiap waktu adalah waktu puncak..hahaha).

Parking tak kisah lah, yang menjadi masalah serta menggugat keselamatan dan nyawa adalah ketika memandu kereta keluar dari kawasan bangunan tersebut untuk ke jalan besar. Pasti disebelah kanan anda terdapat deretan kereta yang parking di situ.

Lihat snapshot di bawah:

Pembetulan ejaan pada imej [Kawasan Dilarang Meletakkan Kenderaaan] Sepatutnya tempat yang ditandakan dalam petak merah tidak harus diletakkan sebarang kenderaan kerana melindungi pemandangan kenderaan yang mahu keluar untuk ke jalan utama. Pihak berkuasa harus meletakkan garisan kuning di kawasan tersebut. Janganlah menunggu sehingga ada nyawa terkorban barulah hendak mengambil tindakan.

Gambar seawal jam 9.30 pagi pada 11 November 2008. Jika dalam keadaan hujan sebegini ianya menambah kesukaran untuk pengguna mahu keluar ke Jalan Baru Pak Sabah….Arrgghhhhhhh!!!!!
[Artikel asal ; http://mydungun.com.my/blog/?p=58]

Share


2 comments

18 Mac 2009

Nostalgia Bukit Besi

18 Mac 2009

-Dalam proses pembinaan-

Share


0 comments

Penyu Rantau Abang


-Dalam proses pembinaan-
Share


0 comments

Lagu Rakyat Terengganu



-Dalam Proses Upload-

Lagu Rakyat Terengganu
Lain-Lain
  • Dungun Membangun - Muatturun Lagu Ini
  • Perwaris Anak Dungun - Muatturun Lagu Ini
  • Semalam di Kuala Terengganu - Muatturun Lagu Ini
Share


0 comments

Pulau Tenggol

Pulau Tenggol

Pulau Tenggol merupakan sebuah lagi destinasi menyelam yang mempesona dan terletak hanya 45 minit dari persisiran pantai Kuala Dungun di bahagian selatan negeri Terengganu. Pulau ini kecil - hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimana pun, ini tidak menghalangnya dari dianggap sebagai 'syurga' lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam skuba.

Pedalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini mengunjur dari pedalaman pulau terus hingga ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut - seperti dinding kanvas bagi hidupan laut - yang tidak jemu di kunjungi penyelam skuba.

Tips
Berhati-hati dengan arus deras di Tenggol sekiranya anda menyelam di sini. Kebanyakan sesi menyelam dirancang di waktu perantaraan air pasang-surut, apabila laut lebih tenang. Namun demikian, arus laut mungkin kuat - sesuai untuk selaman hanyut!

Pengangkutan
Jalan Darat
Naiki bas atau teksi ke pekan Dungun. Dari Kuantan, naiki bas di Terminal Jalan Besar. Jika anda datang dari Kuala Terengganu, naiki bas di Stesen Bas Pusat Syed Hussin.

Jalan Laut
Dari jeti Dungun, naiki bot untuk pergi ke Pulau Tenggol.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893

Penginapan
Pulau ini mempunyai resort yang selesa, tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam skuba yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan

Share


0 comments

Pokok Dungun


Di katakan nama daerah Dungun di ambil sempena nama pokok ini.

Famili : Steculiaceae
Nama Sains : Heritieria littoralis Dryand
Nama Tempatan : Dungun

Huraian Ringkas

Pokok rendah, berdahan banyak, malar hijau, tepi laut, mencapai 15 m tinggi, daun hijau bahagian atas, bawah perak keputihan, buah 4-7 cm panjang, bak kayu, licin dengan sayap di satu bahagian.

Kegunaan : Bahan rumah
Taburan : Lazim di tepi pantai berpasir dan berbatu dan di paya bakau.
Share


0 comments
 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.