29 Februari 2008

PAS...Laukku Cukup Masin.

29 Februari 2008
Semalam en.lanun ada menerima email daripada seorang pengunjung wanita... *****800406@yahoo.uk, wanita tersebut tidaklah memperkenalkan dirinya mahupun lokasinya. Cuma katanya dia bengang dengan beberapa rakan-rakannya dari parti pembangkang yang cuba mengadu domba dan menghasutnya supaya membenci kerajaan.  Pengirim email tersebut telah meluahkan segalanya dalam email itu dan mahu en.lanun menyiarkan di dalam blog ini..namun maaf rasanya email tersebut kurang sesuai kerana terdapat perenggan-perenggan yang mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.

Tambahan pula, blog myDungun ini bukanlah blog politik...cuma buat masa terdekat ini sahaja en.lanun memfokuskan kepada PRU-12. Kiranya "segmen khas" gitu. Apapun di akhir email tersebut...pengirim turut meletakkan sebuah lirik lagu...katanya dari kumpulan Spider.

" Wahai kawan-kawanku yang @#$%^  *()&^% @#$% amaran buatmu.. PAS...Laukku Cukup Masin" dari --> *****800406@yahoo.uk


Makin lama kukunyah
Makin tawar
Macam manis perasa gula getah
Bunyi tajuk sikitlah punya besar
Isinya kosong bercampur sifar
Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan

Mana benar baik mana pula tidak
Baik bodoh atau jahat bijak
Sudah pipi kanan kena sepak
Kepala kasi orang pijak

Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan

Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat


Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam

Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam

Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat
( 2X )


Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam

Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam

Peluru sesat tak kenal siapa tuannya
Peluru sesatmu

Share


0 comments

26 Februari 2008

PANDANGAN ANDA? : Calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu Maimun Yusuf

26 Februari 2008
Dipetik Dari Harian Metro
Oleh Suhana Roslan
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Calon Bebas yang bersaing merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89, kini mula berkempen dengan berbasikal dari rumah ke rumah sambil menjual kain.

Warga emas dari Kampung Atas Tol itu, berkata menjual kain pekerjaan tetapnya sejak 15 tahun lalu sekali gus memudahkan tugasnya berkempen untuk ‘Parti Tanah Melayu Bersama Dalam Islam’ menggunakan lambang kunci.

Menurutnya, antara persediaan yang sudah dilakukannya termasuk menempah 1,000 keping poster untuk ditampal di sekitar kawasan kampung dan bandar ini serta membeli telefon bimbit membabitkan kos kira-kira RM3,000.

“Sudah menjadi kebiasaan tok akan keluar menjual kain dari jam 8 pagi hingga tengah hari dan sambil menjual kain, tok boleh berkempen untuk parti kunci.


“Tok memang mengharapkan kemenangan kerana banyak faedah rakyat akan dapat termasuk buat rumah, sekolah dan pejabat mengikut rekaan terkini kerana sekolah yang ada sekarang fesyen lama dan warnanya tidak cantik,” katanya ketika ditemui berkempen di sekitar rumahnya di Kampung Gong Gemia, di sini, semalam.

Walaupun sudah lanjut usia, wanita itu masih mampu mengayuh basikal bagi memastikan dia memenangi pilihan raya kali ini.

Bagi kerusi Parlimen berkenaan, Barisan Nasional (BN) diwakili penyandangnya, Datuk Razali Ismail berdepan calon ‘bidan terjun’, Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden Pas.

“Tok tak percaya kepada mana-mana parti sebab itu masuk bertanding. Walaupun tak pandai membaca dan menulis, tok akan menggunakan khidmat kerani membantu kerja menguruskan dokumen jika menang,” katanya.

Menurutnya, kelmarin, dia mengupah anak rakannya, RM20 bagi mengisi borang penamaan calon kerana dia sendiri tidak tahu menulis dan membaca.

Katanya, dia mengumpul RM10,000 itu hasil jualan kain dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan dan menolak dakwaan konon wang pertaruhan itu hasil jualan tanah pusaka.

Sementara itu, jirannya, Jusoh Mohd, 56, berkata wanita itu gemar menonton Buletin Utama dan Berita Dunia dan ketika siaran kedua-dua slot itu, beliau akan menguatkan pembesar suara televisyen menyebabkan jiran tetangga tidak perlu memasang televisyen di rumah masing-masing.

APA PULA PENDAPAT ANDA?
Share


3 comments

25 Februari 2008

PENJELASAN : Jelmaan Wajah Buddha Pada Masjid Kristal?

25 Februari 2008
Sila perhatikan klip video di bawah terlebih dahulu :
(klik butang PLAY)



Apa yang meragukan perakam video tersebut "zoom" pada masjid tersebut secara tiba-tiba dengan durasi hanya 3 saat dan dengan cepat-cepat mengalihkan pula ke arah Jambatan Sultan Mahmud. Jika saya merupakan orang yang melalui kawasan Masjid Kristal tersebut sudah tentu terasa teruja dengan keindahan senibina dan panorama masjid itu dan merakamkannya dengan lebih fokus dan mengambil durasi yang lama untuk kenangan sesuatu yang menjadi tarikan utama dunia ketika ini.

Perakam berbuat demikian seolah-olah tidak berniat mahu merakamkan masjid tersebut dan seolah-olah rakaman tersebut dibuat secara tidak sengaja.

Namun antara fakta menarik ialah rakaman tersebut menggunakan resolusi amat rendah supaya dianggap sebagai rakaman amatur ( setahu saya para pelancong Mat Salleh jika ke luar negara adalah mereka yang kaya raya, tapi tak tahu lah...kenapa Mat Salleh ni beli perakam video kat kedai Mydin)

Jika benar " Mat Salleh " merakamkan video tersebut (pada pandangan en.lanun..dialog digunakan macam "Mat Salleh Celup") apa yang hendak dihairankan. Mereka memang dari dulu mahu merosakkan imej Islam.... mereka boleh buat superman terbang, boleh buat tsunami melanda Washington, boleh buat raksasa mengamuk di New York, boleh buat tahi bintang jatuh di Sepanyol dalam filem Ammergerdon. Bukanlah susah sangat menggunakan TEKNIK CGI tersebut setakat mahu mengubah struktur Masjid Kristal seperti Buddha...malah jika mereka mahu mengubah masjid tersebut menjadi " Robot Transformer' pun boleh.

Antara contoh Teknik CGI (Computer Generated Image):

Filem Pirates of Caribbean

Sebelum menggunakan CGI


Selepas menggunakan CGI


Antara babak babak filem yang menggunakan CGI

Share


3 comments

21 Februari 2008

LAPORAN TERKINI PRU - 12

21 Februari 2008
27 Febuari 2008 / 9.09 pm

PAS Beri " SINAR" Harapan Pada BN Dungun
Dungun : Umumnya warga Dungun mengetahui keretakan dan perpecahan kecil dalam Umno akibat kekecewaan kerana pengguguran nama Dato Rosli Mat Hassan untuk mengekalkan kerusi Parlimen Dungun. Dan ini juga kerana muka baru Maltulidi Bin Jusoh kurang popular dikalangan warga Dungun walaupun beliau adalah Ketua Penerangan Umno Bahagian Dungun.

Namun demikian, mungkin silap percaturan oleh pihak pembangkang PAS apabila meletakkan Shamsul Iskandar Mohd Akin  calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberikan sinar kepada BN Dungun. Tambahan pula beliau adalah dari Melaka dan sudah tentu rakyat Dungun tidak akan memilih orang luar mencapuri urusan mereka.

Mungkin di pihak Pas sendiri tidak menyangka bahawa Dato Pok Rosli akan digugurkan sebagai calon bagi mengekalkan kerusi parlimen milik BN itu. Andai kata Pas mengetahui perkara ini, sudah tentu tidak sesekali memberikan tiket PKR di Dungun, sebaliknya akan meletakkan pakar tektikal mereka Mustafa Ali yang pernah memenangi kerusi tersebut pada tahun 1999.

Jika Pas bertanding di Parlimen Dungun? Dan juga konflik dalaman Umno ketika ini? Apa jawabnya............

_________________________________________________


24 Febuari 2008 / 1.45 pm

PROSES PENAMAAN CALON BERJALAN LANCAR

Dungun : Proses penamaan calon bagi PRU 12 berjalan lancar. Tetap jam 12.25 tengahari pengurus pilihanraya mengumumkan telah menerima kesemua borang percalonan dan tiada satu pun percalonan ditolak walaupun menerima beberapa bantahan.

DUNGUN
Matulidi Jusoh (muka baru)
PKR - Shamsul Iskandar Mohd Akin

SURA
Mohd. Rosli Harun (muka baru)
Wan Hassan Mohd Ramli


RANTAU ABANG
Za'abar Mohamed Adib

Azman Shafawi Abd Rani


BUKIT BESI
Datuk Din Adam

Nordin Othman

PAKA
Zakaria @ Ariffin Abdullah

Saiful Bahri Mamat


___________________________________________________________________________

23 Febuari 2008 / 1.48 am

BN TERENGGANU LANGKAH KIRI

en.lanun : BN Negeri Terengganu disifatkan memasuki gelanggang pilihanraya ke - 12 (PRU-12) dengan langkah kiri. Ini berdasarkan situasi terkini suasana sekitar Terengganu yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan parti berkenaan perletakan calon-calon di Dewan Undangan Negeri serta Parlimen.

Umumnya telah diketahui keberanian BN Terengganu untuk "gamble" dengan menggugurkan 12 wakil rakyat sedia ada dan 2 daripadanya adalah ahli Majlis Tertinggi (MT). 2 "giant-killer" iaitu Ketua Umno Bahagian Marang Datuk Abdul Rahman Bakar yang pernah mengalahkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang 2 kali di parlimen Marang pada 1995 dan 2004. Dan juga Ketua Umno Bahagian Dungun Datuk Rosli Mat Hassan yang menewaskan pakar tektikal Pas, Mustafa Ali di Parlimen Dungun pada pilihanraya yang lalu turut digugurkan.

Rata-rata mereka yang digugurkan adalah mereka-mereka yang mempunyai profil tinggi.

1.
Datuk Rosli Mat Hassan ( Dikenali sebagai Pok Rosli )
  • Ketua Umno Bahagian Dungun.
  • Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara.
  • "giant-killer" menewaskan pakar tektikal Pas, Mustafa Ali
2. Datuk Abdul Rahman Bakar
  • Ketua Umno Bahagian Marang
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia.
  • "giant-killer" pernah menewaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 2 kali.
3. Datuk Tengku Putera Awang
  • Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu.
  • Bekas Timbalan Menteri Kewangan.
4. 2 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)


Pada sidang akhbarnya, Idris yang juga MB Terengganu yakin calon muka baru yang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya peringkat sarjana muda itu mampu menjana kecemerlangan Terengganu.

Itu tidak dinafikan, namun rata-rata rakyat Terengganu menyifatkan muka-muka baru itu sebagai calon "payung terjun" yang tidak dikenali dan bukan kegemaran mereka.

Untuk menunjukkan protes, beberapa siri demostrasi secara aman telah diatur dengan harapan BN Terengganu membuat perubahan di saat akhir. Tinjauan en.lanun disekitar Batu Buruk jam 3 petang tadi kira-kira 1000 menyertai demostrasi tersebut. Mereka telah mengemukan wakil bahagian masing-masing untuk berucap serta merakamkan untuk diserahkan kepada MB.
Difahamkan pada sebelah malam sebelum itu mereka turut berpiket di hadapan rumah MB di Batu Buruk.

Berikut adalah gambaran situasi sekitar perhimpunan aman yang diadakan pada sebelah petang tadi:












____________________________________________________________________

TERKINI : DEMOSTRASI DAN PENYERAHAN MEMORANDUM TERHADAP MB TERENGGANU!!!

Esok akan diadakan satu himpunan penyerahan memorandum terhadap MB Terengganu ekoran pengguguran Dato Rosli Mat Hassan (Pok Rosli) sebagai calon Parlimen Dungun.



Share


0 comments

20 Februari 2008

Calon Pilihanraya Ke-12 Parlimen Dungun P039

20 Februari 2008
CALON BARISAN NASIONAL





PARLIMEN P039 - Maltulidi Bin Jusoh >>> *muatturun biodata


  • N25 - Dun Bukit Besi = YB Din Adam
  • N26 - Dun Kuala Abang = YB Dato Zaaba Md Adib
  • N27 - Dun Sura = Rosli Harun
  • N28 - Dun Paka = YB Zakaria
CALON PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)






PARLIMEN P0
39 - Shamsul Iskandar Mohd Akin
  • N25 - Dun Bukit Besi = Nordin Othman
  • N26 - Dun Kuala Abang = Azman Shafawi Abd Rani
  • N27 - Dun Sura = Wan Hassan Mohd Ramli
  • N28 - Dun Paka = Saiful Bahri Mamat

SENARAI PENUH CALON PILIHANRAYA UMUM KE 12 TERENGGANU

PARLIMEN 
BESUT
Datuk Dr.
Abdullah Mohd. Zin
Datuk Hj Hussin Awang
SETIU
Datuk Mohamed Jidin Shafie
(sebelum ini di DUN Permaisuri)
Mohd Fauzi Muda
KUALA NERUS
Mohamed Nasir Ibrahim Fikri
Shurimum Shamsuddin
KUALA TERENGGANU
Datuk Razali Ismail
Hj Mohd Sabu
Maimun Yusof (Bebas)
MARANG
Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (muka baru)
(menggantikan Datuk Abdul Rahman Bakar yang digugurkan)
Datuk Hj Abdul Hadi Awang
HULU TERENGGANU
Mohd. Nor Othman
Kamaruzzaman Abdullah
DUNGUN
Matulidi Jusoh (muka baru)
(menggantikan Datuk Rosli Mat Hassan yang digugurkan)
PKR - Shamsul Iskandar Mohd Akin
KEMAMAN
Ahmad Shaberry Cheek
PKR - Sdra Faris Musa
DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
KUALA BESUT
Dr. A. Rahman Mokhtar (muka baru)
(menggantikan Abdullah Che Muda yang digugurkan)
Nik Mohd Zawawi Hj Salleh
KOTA PUTERA
Muhamad Pehimi Yusof (muka baru)
(menggantikan Wan Mohamad Wan Hassan yang digugurkan)
PKR - Mohammad Mat Amin
JERTIH
Datuk Seri Idris Jusoh
Mohd Hassan Salleh
HULU BESUT
Nawi Mohamad
Md. Zin Hassan
JABI
Ramlan Ali
Dr Azman Ibrahim
PERMAISURI
Abd. Halim Jusoh
PKR - Wan Rahim Wan Hamzah
LANGKAP
Ashaari Idris
YM Tg Ahmad Tg Hussin
BATU RAKIT
Khazan Che Mat
Shamsuddin Abdul Wahab
TEPUH
Mohamed Ramli Noh
Abu Bakar Abdullah
TELUK PASU
Datuk Abdul Rahin Mohamed Said
Riduan Hashim
SEBERANG TAKIR
Ahmad Razif Abd. Rahman (muka baru)
(menggantikan Mohd. Shapian Ali yang digugurkan)
PKR-Muzafeq Affyuzaifuzan Mamat@Muhammad
BUKIT TUNGGAL
Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad (muka baru)
(menggantikan Mohamed Nasir Ibrahim Fikri yang berpindah ke
Parlimen Kuala Nerus)
Dr. Alias Razak
WAKAF MEMPELAM
Othman Awang (muka baru)
(kawasan ini dimenangi Pas pada pilihan raya 2004)
Mohd Abdul Wahid Endut
BANDAR
Toh Chin Yaw
PKR-Dr Abdul Manaf Mamat
LADANG
Datuk Wan Hisham Wan Salleh
YM Datuk Tg Hassan Tg Omar
BATU BURUK
Senator Nordiana Shafie (muka baru)
(menggantikan Datuk Che Mat Jusoh yang digugurkan)
Dr Syed Azman Syed Nawawi
ALUR LIMBAT
Alias Abdullah
Mustafa Ali
BUKIT PAYUNG
Zaidi Muda (muka baru)
(menggantikan Datuk Dr. Abdul Latiff Awang yang digugurkan)
Mohd Noh Hamzah
RU RENDANG
Razali Idris (muka baru)
(kawasan ini dimenangi Pas pada pilihan raya 2004)
Hj Abdul Hadi Awang

PENGKALAN BERANGAN
Yahya Khatib Mohamad
Mohamad bin Deraman
TELEMUNG
Rozi Mamat
PKR-Engku Abu Bakar Engku Mohammad
MANIR
Wan Sagar Wan Embong
Datuk Dr Hj Harun Taib
KUALA BERANG
Mohd. Zawawi Ismail
Mohidden Abdul Rashid
AJIL
Datuk Rosol Wahid
Mohd Rezeki Hj Alias
BUKIT BESI
Datuk Din Adam
Nordin Othman
RANTAU ABANG
Za'abar Mohamed Adib
Azman Shafawi Abd Rani
SURA
Mohd. Rosli Harun (muka baru)
(menggantikan Ahmad Kamal Abdullah yang digugurkan)
Wan Hassan Mohd Ramli
PAKA
Zakaria @ Ariffin Abdullah
Saiful Bahri Mamat
KEMASIK
Radilah Abd. Wahab (muka baru)
(menggantikan ...
Mohd Mahadi Nawi
KIJAL
Datuk Ahmad Said
Hazli Jusoh
CUKAI
Datuk Mohamad Awang Tera
Hanafiah Mat
AIR PUTIH
Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar(muka baru)
(menggantikan Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang digugurkan)
Ismail Haron
Share


0 comments

Apple Mendahului Teknologi

Apple iPhone
Tengok aje la...tak tau nak cakap apa.......! (Tak terkata)



Apple Laptop MacBookAir..
Paling nipis dan paling canggih di dunia setakat ini.



Magik Menggunakan iPhone




Share


0 comments

19 Februari 2008

Kecanggihan Desktop LINUX Ubuntu

19 Februari 2008
Share


0 comments

16 Februari 2008

Panduan Membuat Dual Boot Ubuntu dan Windows

16 Februari 2008
Berikut adalah panduan video untuk instalasi Intalasi Ubuntu Bersama Wondows (dual boot)




Share


1 comments

Panduan Instalasi Ubuntu 6.06 LTS (Dapper Drake)

Berikut adalah panduan video untuk instalasi Intalasi Ubuntu 6.06 LTS (Dapper Drake) tanpa Windows ( single boot )



Share


0 comments

15 Februari 2008

Kenali Dungun

15 Februari 2008
===================================================
ARTIKEL TERKINI (kemaskini pada 27/03/2010)
===================================================
pokok dungun 
Nama DUNGUN berasal daripada pokok Dungun (klik untuk ketahui maklumat lanjut berkenaan Pokok Dungun) yang banyak terdapat di daerah ini pada satu ketika dahulu. Bersempena dengan nama ini, Dungun yang telah berkembang dengan mendapat status Majlis Perbandaran Dungun pada 20 Ogos 2008. Dungun yang berkembang pesat sebagai salah satu daerah di Terengganu mendapat manfaat daripada pembangunan terancang yang dialakukan kerajaan negeri dengan bantuan kerajaan pusat. Kedudukannya yang strategic di pinggir laut cina selatan dicurahkan dengan hasil petroleum di di Paka dan daerah berhampiran iaitu Kerteh, Kemaman.

Dungun juga boleh dinobatkan sebagai daerah yang mempunyai institusi pendidikan yang lengkap bermula dengan peringkat rendah, sekolah Menengah pelbagai aliran seperti sekolah-sekolah elit, Sekolah menengah Imtiyaz, Sekolah Menengangah Sains Dungun dan Sekolah Teknik Dungun sehinggalah pusat pengajian tinggi iaitu UiTM dan Politeknik Sultan Mizan.

Dungun yang pernah menjadi jajahan takluk kepada kerajaan Majapahit, mempunyai pelbagai keunikan yang tersendiri. Terdapat kawasan yang menjadi tarikan pelancongan seperti Pulau Tenggol, Teluk Gadong, Hutan Rekreasi Bukit Bauk dan banyak lagi. Setiap potensi yang ada di daerah ini telah dikenalpasti bagi meneruskan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat.
Polisi pemimpin setempat yang terarah kepada merakyatkan pentadbiran dan pembangunan menjanjikan satu perubahan baru yang mampu meralisasikan harapan masyarakat Dungun yang inginkan keharmian setempat seiring dengan pembangunan fizikal dan kerohanian.
 

Sejarah Daerah Dungun

Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Bukit Besi. Bukit Besi berkeluasan 1618 hektar terletak dalam Mukim Besul merupakan “Lombong Bijih Besi Terbuka” terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an.

Syarikat yang terlibat, Nippon Mining Company (NMC), Kuhara Mining Company dan Eastern Mining & Metal Company (EMMCO). Operasi perlombongan ditutup pada 1 Oktober 1970Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Bukit Besi. Bukit Besi berkeluasan 1618 hektar terletak dalam Mukim Besul merupakan “Lombong Bijih Besi Terbuka” terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an.

Syarikat yang terlibat, Nippon Mining Company (NMC), Kuhara Mining Company dan Eastern Mining & Metal Company (EMMCO). Operasi perlombongan ditutup pada 1 Oktober 1970.

Daerah Dungun yang berkeluasan 273,487 hektar merupakan daerah ke-2 terbesar di Negeri Terengganu, mengandungi 11 mukim iaitu;
1. Mukim Sura
2 .Mukim Kuala Dungun
3. Mukim Kuala Abang
4. Mukim Kumpal
5. Mukim Kuala Paka
6. Mukim Rasau
7. Mukim Hulu Paka
8. Mukim Besol
9. Mukim Jerangau
10.Mukim Jengai
11.Mukim Pasir Raja.








    ===================================================
    Bawah : ARTIKEL TERDAHULU (15/02/2008) 
    ===================================================
    SEJARAH AWAL
    Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu. Campurtangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan.
    Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-
    `This list, which was prepared in 1365 in the Negarakretagama includes not only Terengganu but also Paka and Dungun, two rivers in the south of the state which in modern times can boast nothing larger than a fishing village'
    Dungun dikatakan berasal daripada nama pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar) dan dipercayai telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada:-

    i) Kebanyakan orang Dungun suatu masa dahulu berasal daripada Kepulauan Indonesia.
    ii) Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.

    Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 - 1918 ), daerah Dungun diserahkan kuasa berkaitan hasil mashul kepada Tengku Bukit, nenda saudara baginda.

    1921 - Campurtangan British dalam pentadbiran negeri Terengganu setelah perjanjian 1941 yang membawa kepada kemasukan seorang Penasihat British yang bertindak sebagai penasihat dalam semua hal-hal yang berkaitan pentadbiran kecuali hal-hal keagamaan. Mereka telah membahagikan negeri Terengganu kepada beberapa jajahan yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Jajahan, Jajahan tersebut ialah:-
    Jajahan Barat (Besut dan Setia)
    Jajahan Timur (Dungun, Paka, Kerteh, Kemasek dan Kemaman)
    Jajahan Tengah (Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang)
    1942 Semasa pendudukan Jepun di Terengganu, Pesuruhjaya Jajahan telah diganti dengan Pesuruhjaya berbangsa Jepun. Rumah pasung dibahagi kepada 3 cawangan iaitu Keimu Kakari, Hoan Kakari dan Tokko Kakari dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.
    Daerah Dungun menjadi lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuan dan perlombongan bijih besi pada tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan diexspori ke Jepun pada tahun 1931. Pembangunan di Dungun khususnya di Bukit Besi menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel) keretapi dan bangunan pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun pekerja-pekerja lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.
    Hasil-hasil bijih besi telah diekspot ke Jepun hinggalah kepada pendudukan Inggeris di Terengganu amnya dan Dungun khususnya, kawasan lombong bijih besi diambil alih oleh Kerajaan Inggeris.
    Rujukan:-
    1. Terengganu, Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali 1996.
    2. Malayan, Branch Royal Asiatio Society Vol.XXII Part 3 oleh M.C.FF.Sheppard, A.R.Hill, C.A. Gibson Hill, 1949.
    3. Terengganu Annual Report 1925 – 1936
    4. Geological Servey West Malaysia, IRON ORE, DEPOSITS OF WEST MALAYSIA, Buletin 2
    LATARBELAKANG
    Penemuan bijih besi, Daerah Dungun merupakan Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.
    Penutupan Lombong Bijih Bukit Besi Dungun menjadi malap. Pada tahun 1973 KETENGAH diperbadankan dimana aktiviti utamanya tertumpu kepada penempatan semula dan industri Pertanian (kelapa sawit). Manakala pada awal tahun 1994 Daerah Dungun mula menerima limpahan pembangunan industri dari Daerah Kemaman dengan pembukaan Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 di Kawasan Tok Arun, Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS dan Janakuasa letrik di Paka.
    Dijangka Dungun akan terus berkembang maju dalam bidang industri berasaskan gas dan petrolium. Dalam masa yang sama faktor-faktor lain seperti pendidikan, agama, pertanian , perikanan, kesihatan dan pelancongan juga akan diberi keutamaan sesuai dengan dasar

    LAIN INFO
    Dungun adalah sebuah daerah yang pantai negara Malaysian Terengganu. Kuala Dungun merupakan ibu kota daerah.

    Bandar Kuala Dungun pernah menjadi satu bandar perlombongan yang kuat dalam 1940 an. Pelombongan bijih besi dilombong di bandar kecil pedalaman bernama Bukit Besi, manakala Kuala Dungun menjadi seperti sebuah pelabuhan di mana bijih telah dipindahkan ke dalam kapal-kapal melaui Bandar Dungun. Kuala Dungun dan Bukit Besi disambungkan dengan satu landasan kereta api bahawa bukan hanya untuk perusahaan perlombongan, juga berkhidmat sebagai pengangkutan awam untuk orang-orang kampung pedalaman, perbandaran Dungun dan syarikat-syarikatnya.

    Zaman "keemasan" ini berakhir dalam lewat 70-an dan awal 80-an. Apabila lombong beransur-ansur ditutup, perkhidmatan keretapi pula dihadkan. Bukit Besi sekarang sebuah ladang dikenali sebagai "Government-financed estet"; bukit-bukit beralun dan seni bina orang British yang lama kini telah lama menghilang, diganti oleh Felda Estate perumahan dan pokok-pokok minyak sawit.

    Bandar Dungun benar-benar hidup setiap hari Khamis apabila pasar malam dibuka untuk perniagaan. Ia adalah terkenal sebagai pasar malam yang terbesar dalam Terengganu, dengan pelbagai pakaian, peralatan. Pasar malam ini terletak di tengah pusat bandar, mengambil alih sepotong landasan kereta api lama.

    Sekarang, Dungun tidak sebuah yang bandar kecil lagi. Sebahagaian besar penduduk terlibat dengan perusahaan minyak tertumpu dalam perbandaran di selatan, Kerteh.

    Tanjung Jara Resort dengan terbentang pantai indah dan bertembung dengan muara yang cantik antara yang terkenal di dunia.


    Dungun adalah tempat rekreasi untuk pekerja-pekerja orang British syarikat perlombongan suatu masa dulu. Ia dijadikan tempat bersantai dan sosial.Terdapat dewan muzik, mencatatkan barangan, bidang-bidang kriket dan sebagainya yang membuat Dungun lain daripada perbandaran-perbandaranyang lain dalam Terengganu pada masa.

    Tahun 2006, Dungun mengalami satu peningkatan. Dungun telah menerima kemasukan dengan banyaknya untuk pembaikan jalan-jalan dan penubuhan beberapa kawasan membeli-belah baru. Kini....DUNGUN MEMBANGUN
    
    
    Share


    4 comments

    Pelajar Perempuan Sekolah Sultan Omar, Dungun Bergaduh

    MEMALUKAN!!! Apa nak jadi? Apa dah jadi? Berikan komen anda......

    Kamera 1



    Kamera 2





    Share


    0 comments

    14 Februari 2008

    Terkini Dari SPR - Tarikh Penamaan Calon Dan Tarikh Membuang Undi

    14 Februari 2008
    Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon adalah pada 24 Febuari 2008 (Ahad) manakala tarikh membuang undi pula ditetapkan pada 8 Mac 2008 (Sabtu).

    Beliau menyatakan perkara tersebut pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya kira-kira jam 11.45 pagi tadi.



    Share


    1 comments

    13 Februari 2008

    Parlimen Dibubarkan

    13 Februari 2008
    Terkini...Parlimen Dibubarkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen di Putrajaya, hari ini.

    Pengumuman itu dibuat selepas mendapat perkenan dari Yang DiPertuan Agung.


    Share


    0 comments

    11 Februari 2008

    Aplikasi Menarik Perlu Dipasang Pada Ubuntu

    11 Februari 2008
    1. Opera Web Browser
    Opera merupakan satu web browser yang menarik dan mempunyai sokongan untuk pelbagai platform seperti Windows,Linux and Mac OS X . Terkini Opera telah dilengkapi dengan fungsi download manager , bit torrent client dan juga beberapa ciri-ciri menarik .

    Untuk memasang aplikasi ini. Pergi pada terminal (Application -> Accessories -> Terminal ), taipka perintah berikut :-

    wgethttp://opera.eurenet.net/linux/920/final/en/i386/shared/opera_9.20-20070409.6-shared-qt_en_i386.deb
    kemudian

    sudo aptitude install libqt3-mt

    kemudian
    sudo dpkg -i opera_9.20-20070409.6-shared-qt_en_i386.deb

    Setelah selesai pergi (Applications -> Internet -> Opera )


    2. Downloader For X
    Merupakan aplikasi download manager yang mempercepatkan proses memuatturun seperti beberapa program dalam Windows

    Untuk memasang aplikasi ini. Pergi pada terminal (
    Application -> Accessories -> Terminal ), taipka perintah berikut :-

    sudo aptitude install d4x

    Setelah selesai pergi (Applications-> Internet -> Downloader for X )

    3. Amarok
    Merupakan perisian bagi memainkan muzik yang paling terkenal dalam dunia LINUX

    Untuk memasang aplikasi ini. Pergi pada terminal (Application -> Accessories -> Terminal ), taipkan perintah berikut :-

    sudo aptitude install amarok

    Setelah selesai pergi (Applications-> Internet -> AmaroK )

    4. Skype
    Skype adalah perisian untuk membuat panggilan internet bersuara.

    Untuk memasang aplikasi ini. Pergi pada terminal (Application -> Accessories -> Terminal ), taipkan perintah berikut :-

    sudo aptitude install skype

    Setelah selesai pergi (Applications-> Internet ->Skype)

    5. Scribus

    Scribus terdiri daripada perisian jenis Desktop Publishing,ianya percuma dan juga terdapat dalam versi Windows , Mac OS X , Linux , OS/2 dll. Amat berguna untuk membuat suratkhabar, broser, buku, poster dan sebagainya.

    Untuk memasang aplikasi ini. Pergi pada terminal (Application -> Accessories -> Terminal ), taipkan perintah berikut :-

    sudo aptitude install scribus

    Setelah selesai pergi, anda perlu menaip "scribus" dalam terminal untuk melancarkan perisian ini.

    6. VLC Media Player

    VLC Player merupakan satu lagi perisian memainkan video yang ada dibawah platform Linux, ianya dibawah GNU General Public license dan juga terdapat versi Windows,BeOS,Mac OS X.

    Untuk memasang perisian ini, pergi pada terminal dan taipkan arahan berikut : -

    sudo apt-get install vlc



    * ARTIKEL ADA AKAN DISAMBUNG DARI MASA KE SEMASA


    Share


    0 comments
     

    1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.