31 Mei 2008

Produk Terbaru myDungun

31 Mei 2008
myDungun.net kini membuka satu blog khas kepada mereka yang baru cuba-cuba untuk menyelami dunia Linux Ubuntu. Dengan memberikan tutorial yang mudah dan senang difahami.

Anda boleh ke alamat berikut untuk mengunjunginya www.ubuntu.mydungun.net
Share


0 comments

26 Mei 2008

Masalah lagi?

26 Mei 2008
:-( masalah pada server webhosting myDungun.net melanda lagi. Pihak webmaster akan menghubungi pihak www.namsahaz.com untuk maklumat lanjut. Harap maklum.
Share


0 comments

20 Mei 2008

Beberapa Pandangan Tokoh UMNO Berikutan Tun M keluar UMNO.

20 Mei 2008
Satu Malaysia sudah tahu...Satu Dunia sudah dimaklumkan. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohammed sudah keluar dari UMNO.

myDungun sempat mendapat beberapa pandangan dari tokoh-tokoh politik Umno sekitar Dungun.

Berikut dari itu...apa reaksi mereka?

Dato Rosli Mat Hassan
Ketua Umno Bahagian Dungun

Pengerusi Penyelaras Umno Dun Sura
"Kita pertahankan perjuangan Umno. Perjuangan Umno mesti terus hidup walaupun kita mati.








YB Maltulidi Bin Jusoh
Ahli Parlimen Dungun


" Tun lebih kepada frust dengan tindakan UMNO yang tak pedulikannya"









En Zulkifli Harun

Naib Pengerusi Penyelaras Dun Sura.


"Tunku A Rahman,Datuk Onn Jaafar dan Husin Onn pun keluar Umno..tak hairan kalu dia keluar 3 org yg keluar pun krn Mahathir! Apalagi Anwar dan Musa Hitam.Umno akan bertambah kuat selepas ini dengan hilang pengaruh Mahathir...sebarkan pd org UMNO bentuk penyatuan agar terus utuh!"

En.Maidin Mohamad Ketua Umno Cwgn Teratai

"Saya tak setuju meletak jawatan. Tun Mahathir perlu bimbing Pak Lah bukan menghetam.Walaupun tak setuju dgn menantu pak lah,dia pelu jadi penasihat bukan menghalang.kita rasa kesal dgn tindakan Tun M."

En.Ramlee Othman
Ketua Umno Cawangan Suragate

"Ugutan dan keluar parti bukan jalan penyelesaian"

En.Samsudin
Ketua Umno Cwgn Lembah


"Maaf sya tak dengar apa dia kata.Beritahu Tun Mahathir bersiaplah utk mati tertekejut x smpt mengucap.Amin"

Pegawai PERKESO

' Mungkin sedikit sebanyak membawa kesan terhadap UMNO"


Pegawai KEMAS

" Ramai yang terkeut dengan tindakan Tun mahathir, ramai yang kata tindakan dibuat kerana usaha mendesak pak lah letak jawatan tak berhasil."


HANIPA
AJK Umno Bahagian Dungun


" Pemimpin boleh datang dan pergi tapi Umno mesti ditegakkan dan diperjuangkan untuk agama dan bangsa melayu. Mahathir hanya seorang individu, Umno ialah organisasi yang harus diteruskan untuk membela nasib kaum melayu. Parti tidak pentingkan individu"

Wan Zul
cc Pejabat Daerah Dungun

"Suatu tindakan yang melampau dan berkempetingan peribadi. tidak memahami erti perjuangan melayu sebenar. Sebagai pemusnah perjuangan Melayu. EGO...EGO...EGO...."

Tuan Haji Muda Abdullah
Pengerusi Veteran Umno Bahagian Dungun


" Tindakan yang bagus...sebab Mahathir adalah duri dalam daging."
Share


0 comments

14 Mei 2008

Info Terkini Portal myDungun

14 Mei 2008
Portal myDungun Ditutup Seketika Untuk Proses Pengubahsuai Laman
Harap Maklum

Share


0 comments

12 Mei 2008

Kursus Animasi 3D Percuma Untuk Ahli myDungun

12 Mei 2008
myDungun mendapat kouta 12 orang bagi mendapatkan Kursus Animasi 3D secara percuma. Kursus ini akan dikendalikan oleh pihak Redang Digital yang menguruskan Terengganu@D3D. Kursus akan dijadualkan pada :

16 dan 17 Mei 2008 (Jumaat-Sabtu)

8.00 pagi - 10.30 mlm

Bertempat di Bescom Sura.

Sekiranya berminat sila hantar email kepada moderator kami : en.lanun@yahoo.com.my sebelum 14 Mei 2008.Sila nyatakan :

Nama penuh :

No Kad Pengenalan :

No Telefon :


Maklumat lanjut sila ke http://www.mydungun.net/modules.php?name=News&file=article&sid=19
Share


0 comments

08 Mei 2008

Apabila Tun Mahathir Berkata "Kerajaan Yang Lemah Tidak Baik Bagi Sebuah Negara Berbilang Kaum"

08 Mei 2008
FROM : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Wednesday, May 7, 2008

10:32 AM
www.chedet.com

(artikel ini boleh juga di baca di www.mydungun.net)

Kerajaan yang lemah tidak baik bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Ianya hanya akan mengundang ugutan terhadap kuasa kerajaan. Kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Jika Kerajaan tidak tegas dan terpaksa berdolak-dalik, akan timbul masalah kurang keyakinan terhadap Kerajaan. Ini akan menyebabkan polisi dan projek tidak dapat diimplimentasi dengan lancar. Mungkin ada orang yang sudah sedar akan keadaan ini.

Kerajaan yang tidak memerlukan sokongan pembangkang akan lebih berjaya menempuh kritikan dan bangkangan yang semua Kerajaan harus hadapi. Tetapi Kerajaan juga haruslah mengambil maklum terhadap teguran yang dibuat pembangkang dan jika perlu mengambil tindakan berdasarkan teguran tersebut.

Di dalam konteks hari ini, Kerajaan Persekutuan tidak berdaya untuk membawa apa-apa perubahan kepada perlembagaan dan akan terpaksa menghadapi ugutan sepanjang masa. Sokongan pembangkang mungkin bersyarat dan kredit akan diberi kepada mereka.

Salah satu kepentingan memperolehi dua-pertiga majoriti di Parlimen ialah kerana tidak akan timbul masalah lompat parti oleh mana-mana ahli Kerajaan. Sekarang kita dengar tentang masalah ini hampir setiap hari. Kepimpinan Barisan Nasional kini bagai cacing kepanasan. Dan cacing yang kepanasan tidak boleh mencapai apa-apa pun.

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah gagal mendapat dua-pertiga majoriti Parlimen. Sebagai ukuran kekuatan, majoriti dua-pertiga membenarkan Kerajaan membuat apa sahaja keputusan yang difikirkan baik tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain.

Mungkin juga cadangan untuk meminta sokongan atau kerjasama dibuat dengan ikhlas di atas semangat demokrasi. Persoalannya kenapa sekarang? Kenapa tidak apabila Kerajaan memperoleh majoriti 90 peratus selepas Pilihanraya Umum 2004? Perubahan kepada cara hakim-hakim dipilih sepatutnya boleh dilakukan selepas kejayaan cemerlang 2004.

Saya berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu Kerajaan Persekutuan yang kuat dan tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak, yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara tanpa perlu rasa takut atau ragu-ragu.

Tetapi saya juga berpendapat akan perlunya pembangkang yang kuat. Ini adalah untuk memastikan yang Kerajaan tidak menyimpang daripada landasan sebenar, ataupun menyalahguna kuasanya.

Gandingan pihak Kerajaan yang kuat dan pembangkang yang mempunyai kekuatan serta keinginan untuk memantau penyalahgunaan kuasa Kerajaan akan membawa kebaikan bagi Malaysia.

Berkenaan cadangan Kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman, adakah ini kerana ianya bagus ataupun tindakan tergesa-gesa untuk memenangi sokongan yang hilang?

Berkenaan kritikan saya terhadap kepimpinan Kerajaan sekarang, saya percaya saya mempunyai hak berbuat demikian. Berhenti daripada Kerajaan hanya bermakna menyerahkan kuasa dan kekuatan. Tetapi ianya tidak bermakna saya harus menyerahkan hak kerakyatan saya. Saya mempunyai hak untuk mengambil berat terhadap pentadbiran tunggang terbalik negara ini dan juga parti yang saya tolong pulihkan pada tahun 1987.

Parti ini bukan kepunyaan Dato Seri Abdullah. Ianya bukan untuk menyokong beliau sebagai pemimpin lebih-lebih lagi setelah salah percaturan di dalam pentadbiran serta pilihanraya umum baru-baru ini. Parti juga bukan kepunyaan saya. Ianya adalah kepunyaan semua ahlinya. Buat masa ini ahli parti tidak dibenar mengkritik. Mereka hanya boleh mengiakan apa sahaja yang Dato Seri Abdullah kata atau lakukan.

Memandang yang pihak pembangkang juga menyokong Dato Seri Abdullah, jika saya tidak mengkritik, tidak ada sesiapa yang akan berbuat demikian. Dan tanpa kritikan, Kerajaan dan Dato Seri Abdullah sudah tentu akan menyimpang.

Share


0 comments

VIDEO: Temuramah Dengan Sufiah Yusof

Sufiah Yusof a.k.a Shilpa Lee





Untuk Melihat Video Temuramah Tersebut. Sila
Klik Di Sini (www.mydungun.net)
Share


0 comments

Portal www.mydungun.net

Untuk Makluman
Portal myDungun Di Tutup Seketika

Ini adalah kerana kerja-kerja penyelenggraan oleh webhosting kami.
Terima Kasih Kepada Anda Yang Memberi Sokongan Kepada www.mydungun.net Dengan Mendaftar Sebagai Ahli myDungun
Share


0 comments
 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.