28 Mac 2010

Pokok Dungun

28 Mac 2010
Diketahui umum nama daerah Dungun berasal dari sejenis pokok yang dikenali sebagai Pokok Dungun.

Namun sejauh manakah anda mengetahui tentang pokok tersebut?

Berikut beberapa fakta yang ditemui di internet dan kami paparkan di sini untuk pengetahuan pembaca.

141-2

Pokok Dungun adalah sejenis tumbuhan  yang terdapat di hutan Malaysia. Nama saintifiknya Heritiera littoralis Dryand.

MAKLUMAT TERPERINCI

Spesies : Heritiera littoralis Dryand.
Nama Inggris : Looking-glass tree (En).
Nama Malaysia : Dungon
Nama Lokal : Dungun, dumum, kedungum, rungun.
Deskripsi : Pohon malar hijau sedang, dengan banir tipis. Daun tunggal, permukaan bawah bersisik keperakan. Perbungaan malai. Buah membujur, tidak sekata dan berkilap. Kayunya berbau seperti kulit.
Distribusi/Penyebaran : Afrika Timur, Asia Selatan dari India ke Cina Selatan dan sampai ke tropika Australia, Hawaii dan Kaledonia Baru hingga seluruh Malaysia termasuk Indonesia.
Habitat : Heritiera littoralis tumbuh di zona pedalaman rawa hutan bakau, dan umum di banyak tempat.
Pembiakan : Perbanyakan secara alami dilakukan melalui biji
Manfaat tumbuhan : Kayunya sangat elok untuk dijadikan bahan bakar (kayu api), memiliki nilai energi tinggi. Selain itu, juga sesuai untuk produk kertas pembungkus, tulis dan cetak. Kulit kayunya mengandung tannin dan digunakan untuk penguat jaring ikan. Ekstrak bijinya dipakai untuk ubat cirit-birit dan radang usus. Bijinya kadang-kadang dapat dimakan. Di Filipina akarnya digunakan untuk racun ikan.
Sinonim : Heritiera minor (Gaertner) Lamk (1797).
Kategori : Tumbuhan pantai
Sumber Maklumat : (1): Timber trees; Major commercial timbers p.236-237 (author(s): Soerianegara, I. and Lemmens, R.H.M.J.)

Hairaki Keluarga Spesis Ini
Kingdom: Plantae (Tumbuhan)
     Subkingdom: Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
         Super Divisi: Spermatophyta (Menghasilkan biji)
             Divisi: Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
                 Kelas: Magnoliopsida (berkeping dua / dikotil)
                     Sub Kelas: Dilleniidae
                         Ordo: Malvales
                             Famili: Sterculiaceae
                                 Genus: Heritiera
                                     Spesies: Heritiera littoralis Dryand.

Gambar – Gambar Pokok Dungun

28679_large 62570_large 74982_large 99015663-BA41-4D46-9150-0B6DB3C03D1E BuahDungun1 BuahDungun2 IMG_0132 pokok dungun

Sumber :
  • wikipedia.org
  • plantamor.com
  • proseanet.org
  • google.com
Share


0 comments:

Catat Ulasan

 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.