18 Mac 2009

Lagu Rakyat Terengganu

18 Mac 2009


-Dalam Proses Upload-

Lagu Rakyat Terengganu
Lain-Lain
  • Dungun Membangun - Muatturun Lagu Ini
  • Perwaris Anak Dungun - Muatturun Lagu Ini
  • Semalam di Kuala Terengganu - Muatturun Lagu Ini
Share


0 comments

Pulau Tenggol

Pulau Tenggol

Pulau Tenggol merupakan sebuah lagi destinasi menyelam yang mempesona dan terletak hanya 45 minit dari persisiran pantai Kuala Dungun di bahagian selatan negeri Terengganu. Pulau ini kecil - hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimana pun, ini tidak menghalangnya dari dianggap sebagai 'syurga' lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam skuba.

Pedalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini mengunjur dari pedalaman pulau terus hingga ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut - seperti dinding kanvas bagi hidupan laut - yang tidak jemu di kunjungi penyelam skuba.

Tips
Berhati-hati dengan arus deras di Tenggol sekiranya anda menyelam di sini. Kebanyakan sesi menyelam dirancang di waktu perantaraan air pasang-surut, apabila laut lebih tenang. Namun demikian, arus laut mungkin kuat - sesuai untuk selaman hanyut!

Pengangkutan
Jalan Darat
Naiki bas atau teksi ke pekan Dungun. Dari Kuantan, naiki bas di Terminal Jalan Besar. Jika anda datang dari Kuala Terengganu, naiki bas di Stesen Bas Pusat Syed Hussin.

Jalan Laut
Dari jeti Dungun, naiki bot untuk pergi ke Pulau Tenggol.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893

Penginapan
Pulau ini mempunyai resort yang selesa, tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam skuba yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan

Share


0 comments

Pokok Dungun


Di katakan nama daerah Dungun di ambil sempena nama pokok ini.

Famili : Steculiaceae
Nama Sains : Heritieria littoralis Dryand
Nama Tempatan : Dungun

Huraian Ringkas

Pokok rendah, berdahan banyak, malar hijau, tepi laut, mencapai 15 m tinggi, daun hijau bahagian atas, bawah perak keputihan, buah 4-7 cm panjang, bak kayu, licin dengan sayap di satu bahagian.

Kegunaan : Bahan rumah
Taburan : Lazim di tepi pantai berpasir dan berbatu dan di paya bakau.
Share


0 comments

31 Oktober 2008

Isu

31 Oktober 2008

Pandangan anda? Sila komen...
Share


1 comments

03 September 2008

myDungun.net Berjalan Lancar

03 September 2008
Alhamdulillah...setelah hampir 2 bulan myDungun melancarkan portalnya dengan versi terbaru. Ianya berjalan lancar walaupun sambutannya agak kurang memberansangkan. Walaupun kadangkala hitnya mencecah lebih 1000 sehari namun...keahliannya setakat ini baru sekitar 80 orang. Apa-apapun...terima kasih kerana memberikan sokongan kepada myDungun.
Share


0 comments
 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.