12 Mac 2008

UMNO & BN Sudah TIdak Relevan?

12 Mac 2008
Tsunami Melanda BN ?

Keputusan PRU 12 begitu mengejutkan dunia politik. Apakah Umno dan BN sudah tidak lagi menjadi pilihan rakyat Malaysia? Tidak dipercayai untuk menerajui Malaysia.

Dengan tumpasnya Kedah, Perak, P.Pinang, ibu negara Kuala Lumpur kepada pihak pembangkang, selain mengekalkan penguasaan di Kelantan selain kekebalan BN Johor berjaya ditembusi oleh pembangkang dengan 21% undi milik Pas. Secara umumnya kemenangan semua calon-calon BN diseluruh negara turut merosot majoritinya kecuali yang ketara TPM Dato Najib di Parlimen Pekan daripada 22,922 pada 2004 kepada 36,262 pada PRU 12.

Bagi en.lanun, rakyat masih lagi mahukan BN memerintah Malaysia, ini dapat dilihat di Perak...walaupun rata-rata rakyat Perak memberikan kerusi Dun kepada pembangkang, namun 11 kerusi Parlimen masih diperuntukkan kepada BN berbanding Pas 2, PKR 2 dan selebihnya DAP.

Ini menunjukkkan undi protes rakyat terhadap Abdullah Badawi, PRU kali ini rakyat hanya mempunyai
2 pilihan samada mengundi pembangkang atau tidak keluar mengundi.

Di Kedah misalnya, BN memperkenalkan 70% muka baru, begitu juga di Selangor, ini mengakibatkan rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin dan juga penyokong di pihak yang digugurkan. Tambahan pula...turut dikhabarkan..rata-rata yang digugurkan adalah orang-orang kuat Najib.
Share


1 comments:

Anonymous berkata...

"..walaupun rata-rata rakyat Perak memberikan kerusi Dun kepada pembangkang, namun 11 kerusi Parlimen masih diperuntukkan kepada BN berbanding Pas 2, PKR 2 dan selebihnya DAP."

Apsal tak nak tulis berapa kerusi parlimen DAP? Nak bagi nampak kerusi pembangkang sikit?

Memanglah Pas & PKR ada 2 kerusi sebab itu parti2 komponen BR dan mereka tak lawan 3 penjuru. Jadi, ini BN lawan BR dan BR telah menang sbb majoriti rakyat Perak anggap BN sudah tak relevan.

Catat Ulasan

 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.