20 Mei 2008

Beberapa Pandangan Tokoh UMNO Berikutan Tun M keluar UMNO.

20 Mei 2008
Satu Malaysia sudah tahu...Satu Dunia sudah dimaklumkan. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohammed sudah keluar dari UMNO.

myDungun sempat mendapat beberapa pandangan dari tokoh-tokoh politik Umno sekitar Dungun.

Berikut dari itu...apa reaksi mereka?

Dato Rosli Mat Hassan
Ketua Umno Bahagian Dungun

Pengerusi Penyelaras Umno Dun Sura
"Kita pertahankan perjuangan Umno. Perjuangan Umno mesti terus hidup walaupun kita mati.








YB Maltulidi Bin Jusoh
Ahli Parlimen Dungun


" Tun lebih kepada frust dengan tindakan UMNO yang tak pedulikannya"









En Zulkifli Harun

Naib Pengerusi Penyelaras Dun Sura.


"Tunku A Rahman,Datuk Onn Jaafar dan Husin Onn pun keluar Umno..tak hairan kalu dia keluar 3 org yg keluar pun krn Mahathir! Apalagi Anwar dan Musa Hitam.Umno akan bertambah kuat selepas ini dengan hilang pengaruh Mahathir...sebarkan pd org UMNO bentuk penyatuan agar terus utuh!"

En.Maidin Mohamad Ketua Umno Cwgn Teratai

"Saya tak setuju meletak jawatan. Tun Mahathir perlu bimbing Pak Lah bukan menghetam.Walaupun tak setuju dgn menantu pak lah,dia pelu jadi penasihat bukan menghalang.kita rasa kesal dgn tindakan Tun M."

En.Ramlee Othman
Ketua Umno Cawangan Suragate

"Ugutan dan keluar parti bukan jalan penyelesaian"

En.Samsudin
Ketua Umno Cwgn Lembah


"Maaf sya tak dengar apa dia kata.Beritahu Tun Mahathir bersiaplah utk mati tertekejut x smpt mengucap.Amin"

Pegawai PERKESO

' Mungkin sedikit sebanyak membawa kesan terhadap UMNO"


Pegawai KEMAS

" Ramai yang terkeut dengan tindakan Tun mahathir, ramai yang kata tindakan dibuat kerana usaha mendesak pak lah letak jawatan tak berhasil."


HANIPA
AJK Umno Bahagian Dungun


" Pemimpin boleh datang dan pergi tapi Umno mesti ditegakkan dan diperjuangkan untuk agama dan bangsa melayu. Mahathir hanya seorang individu, Umno ialah organisasi yang harus diteruskan untuk membela nasib kaum melayu. Parti tidak pentingkan individu"

Wan Zul
cc Pejabat Daerah Dungun

"Suatu tindakan yang melampau dan berkempetingan peribadi. tidak memahami erti perjuangan melayu sebenar. Sebagai pemusnah perjuangan Melayu. EGO...EGO...EGO...."

Tuan Haji Muda Abdullah
Pengerusi Veteran Umno Bahagian Dungun


" Tindakan yang bagus...sebab Mahathir adalah duri dalam daging."
Share


0 comments:

Catat Ulasan

 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.