Lagu kebesaran Negeri atau Lagu Selamat Sultan yang digunakan hingga masa kini digubah dalam tahun 1927 , semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Penggubahnya ialah Cikgu Mohd Hashim bin Abu Bakar, peranakan Singapura yang semasa itu menjadi seorang guru di Sekolah Melayu Paya Bunga Kuala Terengganu. Beliau juga seorang guru Pancaragam Pasukan Pengakap Sultan Sulaiman.
Lagu ini telah disusun oleh beliau bagi menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Setelah gubahan lagu itu siap, ia telah dipersembahkan dan diperdengarkan kepada Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan. Baginda telah mengapuni berkenan menerima lagi itu dan ia dijadikan ‘ Lagu Selamat Sultan ’. Susunan senikata lagu asal adalah seperti berikut :-