30 Mac 2010

Ternakan Cemarkan Perbandaran Dungun

30 Mac 2010

29032010459MEMALUKAN…apabila sekumpulan haiwn ternekan ini didapati berkeliaran di sekitar bandar. Gambar ini dirakamkan dikawasan sekitar KFC Dungun.

Gambar di atas dirakamkan pada 29hb Mac jam 6.14 petang di hadapan KFC Dungun yang mencuit hati saya bersama seorang rakan yang baru datang dari Batu Pahat yang ketika itu dibawa oleh saya untuk pusing-pusing sekitar Bandar Dungun.

Sikap pemilik haiwan berkenaan yang cuai menjaga ternakannya atau sengaja membiarkan haiwan peliharaannya merayau-rayau amat dikesali dan mencemarkan nama “perbandaran” yang telah mendapat pengiktirafan kepada Bandar Dungun.

Keadaan ini bukan sahaja menimbulkan kesesakan lalulintas malah berkemungkinan besar boleh mengakibatkan kemalangan selain turut mengotorkan dan menimbulkan rasa kurang senang pengunjung dan penduduk setempat dengan najis haiwan berkenaan.

Pihak kami mendapat makluman, adalah satu kesalahan kepada pemilik atau penternak sekiranya mana-mana haiwan peliharaannya yang didapati merayau-rayau di Bandar Dungun boleh ditangkap oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan dikenakan penalti sehingga RM250 bagi setiap ekor kambing.

Dalam perkara ini keprihatinan serta sikap penternak harus diutamakan dan kesemua penduduk juga pengunjung memainkan peranan utama yang cukup besar untuk menjadikan bukan sahaja Bandar Dungun, malah mana – mana kawasan di negara kita ini menjadi gah.

Undang – undang dilaksanakan bukan untuk menyusahkan, tetapi untuk mengekalkan ekosistem sosial.

Share


1 comments:

masokis berkata...

khokhohkohkohkhohohkhokhhhhkkkk..
amenda la kambing tu..
nak g kfc kot?

Catat Ulasan

 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.