19 Mac 2009

FAJAR : Monumen Yang Menyemakkan

19 Mac 2009
Jika pengunjung atau mereka yang menggunakan jalan Kuantan-Kuala Terengganu, tiba di Dungun dan melalui Jalan Baru Pak Sabah pasti melihat sebuah bangunan fosil ataupun tugu sebagaimana gambar di atas. Ini adalah bangunan lama yang dulunya dijadikan sebuah panggung wayang dikenali sebagai PANGGUNG FAJAR. Namun penduduk disekitar menggelarkannya PANGGUNG MEKET (Mek Ket @ Mek Kit).

Sejak bila ianya dibina tak sempat plak En.Lanun nak siasat. Nanti la En.Lanun akan ambil sampel bangunan tersebut untuk membuat ujian kimia di makmal bersama pakar kajihayat dari Uganda Timur dan temuramah dengan Makcik Bedah penjual kerepek pisang yang berjaya di sekitar jalan Albalion Road yang terletak di Real Madrid, Sepanyol. En.Lanun sempat jugak melihat beberapa buah filem kat situ. Antaranya Power Rangers The Movie (maklum la time tu En.Lanun masih kanak-kanak riang), Sembilu, dan beberapa buah cite Indonesia. Selain tu jika tiada duit maka En.Lanun menyelak daun pintu ditepi bangunan tersebut dan menyendalnya dengan anak batu bersama rakan-rakan untuk “skodeng” cite kat dalam. Pernah jugak sekali tu dikejar oleh pekerja panggung tu.

Setelah ditutup kerana penduduk Dungun ni mempunyai pemain HV sendiri (tape yang besar tu…time tu takde VCD lagi). Tape tersebut dapat disewa di beberapa buah kedai sekitar Dungun dengan kadar RM10 untuk 3 tape kalau tak silap, tapi sebelum tu kena daftar keahlian dulu. Maka secara tidak langsung dan secara siaran langsung pengunjung di panggung ni berkurangan. Beberapa saat, detik dan ketika kemudian ianya ditutup dan tidak digunakan.

Ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali struktur fosil ini dengan membuka kedai perabot, tetapi tidak lama kemudian ianya hangus terbakar sebagaimana babak kebakaran yang dtayangkan oleh panggung ini suatu masa dulu. Kini ianya dibiarkan usang dan ada juga aktiviti yang tidak sihat berlaku didalamnya seperti “mencucuk dadah” “menghidu gam“. “Yelah dah tempatnya pun terbiar takkan nak buat aktiviti sihat seperti senamrobik atau memasak plak kat situ” komen Cristiano Ronaldo ketika Manchester United membuat lawatan sambil belajar di Teluk Gadung beberapa tahun yang lepas.

Tapak tanah bangunan ini hanyalah pajakan sementara kepada pemilik bangunan ini dan ianya telah tamat sekitar tahun 1996 macam tu lah. Tetapi disambung kembali pajakannya oleh kerajaan negeri (peringkat daerah) ketika itu untuk 99 tahun lagi (kalau tak silap la). Oleh itu tiada siapa yang oleh menceroboh, atau merobohkan bangunan ini. Tiada sebarang injuksi mahkamah dapat dibuat. Maka penduduk Dungun perlu menunggu 99 tahun lagi untuk melihat monumen ini tidak dilihat. Betul ke ayat aku? Lantak la……..

FAKTA : Tahukah anda, walaupun sedemikian buruk rupanya Bangunan Fajar ini, ianya masih diletakkan tanda ” UNTUK DI SEWA”.

Share


7 comments:

hafisdn berkata...

aku hingat dulu2 fajar tu shopping complex paling grand a. robohkan buat bowling best gak!

dungunblog berkata...

FAJAR TU PANGUNG WAYANG LER HAFISDN .. PELIK TAK ? MASA DUNGUN DAERAH DULU ADA PANGGUNG WAYANG .. TAPI BILA DA JADI BANDAR TAKDE PANGGUNG WAYANG??? WAKAKAKAAKAKAKAKAKAAKAKAKAKAKAKAKAKA WAKAKAKAKAKAKAAKKKK tapi lebih baik takde dari ada kekeke

fsyukri berkata...

weh, aku sndiripun pernah gi tgk power ranger the movie masa tu..masa tu aku kecik lafi...

Anonymous berkata...

baca citer ni...ingat masa-masa dulu. masa tu aku baru tamat SPM. Aku dengan 2 org lagi kawang ambik upah cat panggung fajar tu...masa tu tahung 1993...aku dan kawang2 aku bodek mek ket untuk tgk wayang free....dapat la tgk wayang free....

mohd berkata...

sekarang ini ada tk doktor cucuk sendiri kat situ.....port dia orang ke tu??

Sang Penyu berkata...

Dulu Dungun ada dua panggung wayang, satu Fajar dan satu lagi kat Kuala, depang padang astaka.

Seingat aku tahun 1975, dua-dua panggung tu memang ada doh. Biasa panggung Faaja tayang cerita melayu, indonesia, hindustang, inggeris. Panggung kat Kuala banyok tayang cerita cina dengan cerita orang putih.

Onetrg07 berkata...

rombok doh..x dok mende doh...skarang x tau la nk buat mende plok..kan best kalau leh tgk gambar mse pawagan dulu...dengor cter dr org lme pasal panngung wayang 2.. ;0

Catat Ulasan

 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.