MENYELERAKAN…tom yam “pok-tek” salah satu menu istimewa di Gazoq Seafood.
Sememangnya waktu malam di Bandar Dungun ini begitu meriah sekali dengan puluhan bilangan kedai makan yang mula dibuka sekitar jam 7.00 malam sehingga awal pagi, malah ada juga yang beroperasi sehingga Subuh.
Sesetengah penduduk di sini berseloroh, “di Bandar Dungun, jual apa sahaja makanan pasti akan laku dan habis. Orang Dungun memang makan tak kenyang dan sentiasa lapar”.
Haziq Seafood merupakan sebuah kedai makanan yang baru di beroperasi di sini, premis ini terletak di Pantai Sura, kira-kira 1km dari Mayang Sari Resort menuju ke UiTM Dungun.
Antara juadah yang mendapat sambutan di sini adalah Tom Yam Pok – Tek dan juga Nasi Goreng Pak Ka Pau.
Tom Yam ini agak berlainan dari yang biasa, bukan sahaja dari segi warna, bau, malah rasanya juga berbeza kerana tidak mengandungi serai yang banyak.
Makanan yang berasaskan makanan laut ini mengandungi ketam, sotong, udang, serta lilis (antara spises remis) dengan kadar harga RM6.00 satu hidangan.
Selain itu terdapat juga menu – menu masakan panas sebagaimana kebiasaan yang terdapat di mana-mana kedai makan yang terdapat di sekitar bandar ini.
Turut disediakan keropok lekor goreng, keropok keping goreng, somtam dan lain – lain makanan ringan.
Harga pula amat berpatutan tidaklah begitu mahal dan berbaloi dengan keenakannya.
Info Harga
3 orang makan RM38.00
- 2 laicikang
- 1 nescafe “o”
- 3 nasi putih + 1 tambah
- 1 tom yam pok – tek
- 1 sup daging
- 1 kailam ikan masin
- 1 daging goreng kunyit
- 1 sup ekor
- 1 sotong masak sambal
- 2 telur dadar
- air kosong (percuma)
0 comments:
Catat Ulasan