11 Februari 2008

Lensa Sekitar Dungun

11 Februari 2008

Antara deretan kedai baru dan lama di bandar Dungun.


Masih kekal, kedai-kedai lama ala "Pekan Koboi" masih dikekalkan nostalgianya. Kelihatan dari kiri kedai yang lebih dikenali sebagai "Kedai Toki Rempah" Kedai Alladin, Kedai Jahitan Chu antara peniaga yang telah lama bertapak di Bandar Dungun ini.


Terkini, Pusat Perniagaan Bandar Dungun menempatkan francais-francais terkemuka antaranya Aneka, Mydin, Ten-Ten, Pizza Hut dan sebagainya.


Perpustakaan Daerah Dungun.


Persimpangan utama Bandar Dungun, jika terus anda akan ke Kuala Terengganu, dan untuk ke Bandar Dungun anda perlu mengambil laluan sebelah kanan.


Mercu tanda Bandar Dungun yang terletak berhampiran persimpangan utama Bandar Dungun.


Antara pam minyak tertua di Bandar Dungun, diusahakan oleh seorang kaum Cina yang lebih dikenali oleh penduduk Dungun sebagai "Tauke Chetong" ( kini telah meninggal ).

Pemandangan pertama yang akan anda tempuhi apabila masuk ke Bandar Dungun dari persimpangan utama Bandar Dungun.


Jambatan yang baru siap menghubungkan Pasar Besar Dungun dengan kawasan Seberang Pitasan. Memendekkan perjalanan, kebiasaannya dengan menaiki kereta mengambil masa 20-30 minit kini hanya memerlukan 5 minit.


Pemandangan di sekitar Kampung Batu 49


Juga pemandangan di sekitar Kampung Batu 49


Disebelah kanan gambar adalah kawasan Hospital Daerah Dungun, manakala disebelah kiri (tidak kelihatan) adalah Bangunan Tabung Haji Daerah Dungun.


Share


2 comments:

Anonymous berkata...

wow,cantik gla r..jom g ganu..jgn lupa snggah dungun tau....

Anonymous berkata...

sepatutnya diletakkan juga gambar pantai dalam daerah dungun...sebab dungun terkenal dengan pantai yang cantik2 seperti pantai tanjung sura depan uitm dungun,pantai teluk lipat,pantai tanah lot,pantai paka,pantai rantau abg,pantai tanjung jara,pantai seberang pintasan.
Dungun juga banyak tempat2 menarik....pengarang juga sepatutnya memuatkan gambar2 tempat menarik sekitar dungun seperti rantau abang,bukit besi waterfall,camerun waterfall,dan banyak lagi....
pengarang juga sepatutnya memuatkan gambar2 hotel,calet, dan rumah persinggahan yang terletak di daearah dungun, ini dapat memudahkan pelancung untuk datang dan menginap didaerah dungun....
akhirnya pengarang juga harus meltakkan foto2 jabatang keajaan sekitar daerah dungun untuk dijadikan panduan...
sekian terimakasih

Catat Ulasan

 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.