21 Februari 2008

LAPORAN TERKINI PRU - 12

21 Februari 2008
27 Febuari 2008 / 9.09 pm

PAS Beri " SINAR" Harapan Pada BN Dungun
Dungun : Umumnya warga Dungun mengetahui keretakan dan perpecahan kecil dalam Umno akibat kekecewaan kerana pengguguran nama Dato Rosli Mat Hassan untuk mengekalkan kerusi Parlimen Dungun. Dan ini juga kerana muka baru Maltulidi Bin Jusoh kurang popular dikalangan warga Dungun walaupun beliau adalah Ketua Penerangan Umno Bahagian Dungun.

Namun demikian, mungkin silap percaturan oleh pihak pembangkang PAS apabila meletakkan Shamsul Iskandar Mohd Akin  calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberikan sinar kepada BN Dungun. Tambahan pula beliau adalah dari Melaka dan sudah tentu rakyat Dungun tidak akan memilih orang luar mencapuri urusan mereka.

Mungkin di pihak Pas sendiri tidak menyangka bahawa Dato Pok Rosli akan digugurkan sebagai calon bagi mengekalkan kerusi parlimen milik BN itu. Andai kata Pas mengetahui perkara ini, sudah tentu tidak sesekali memberikan tiket PKR di Dungun, sebaliknya akan meletakkan pakar tektikal mereka Mustafa Ali yang pernah memenangi kerusi tersebut pada tahun 1999.

Jika Pas bertanding di Parlimen Dungun? Dan juga konflik dalaman Umno ketika ini? Apa jawabnya............

_________________________________________________


24 Febuari 2008 / 1.45 pm

PROSES PENAMAAN CALON BERJALAN LANCAR

Dungun : Proses penamaan calon bagi PRU 12 berjalan lancar. Tetap jam 12.25 tengahari pengurus pilihanraya mengumumkan telah menerima kesemua borang percalonan dan tiada satu pun percalonan ditolak walaupun menerima beberapa bantahan.

DUNGUN
Matulidi Jusoh (muka baru)
PKR - Shamsul Iskandar Mohd Akin

SURA
Mohd. Rosli Harun (muka baru)
Wan Hassan Mohd Ramli


RANTAU ABANG
Za'abar Mohamed Adib

Azman Shafawi Abd Rani


BUKIT BESI
Datuk Din Adam

Nordin Othman

PAKA
Zakaria @ Ariffin Abdullah

Saiful Bahri Mamat


___________________________________________________________________________

23 Febuari 2008 / 1.48 am

BN TERENGGANU LANGKAH KIRI

en.lanun : BN Negeri Terengganu disifatkan memasuki gelanggang pilihanraya ke - 12 (PRU-12) dengan langkah kiri. Ini berdasarkan situasi terkini suasana sekitar Terengganu yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan parti berkenaan perletakan calon-calon di Dewan Undangan Negeri serta Parlimen.

Umumnya telah diketahui keberanian BN Terengganu untuk "gamble" dengan menggugurkan 12 wakil rakyat sedia ada dan 2 daripadanya adalah ahli Majlis Tertinggi (MT). 2 "giant-killer" iaitu Ketua Umno Bahagian Marang Datuk Abdul Rahman Bakar yang pernah mengalahkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang 2 kali di parlimen Marang pada 1995 dan 2004. Dan juga Ketua Umno Bahagian Dungun Datuk Rosli Mat Hassan yang menewaskan pakar tektikal Pas, Mustafa Ali di Parlimen Dungun pada pilihanraya yang lalu turut digugurkan.

Rata-rata mereka yang digugurkan adalah mereka-mereka yang mempunyai profil tinggi.

1.
Datuk Rosli Mat Hassan ( Dikenali sebagai Pok Rosli )
  • Ketua Umno Bahagian Dungun.
  • Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara.
  • "giant-killer" menewaskan pakar tektikal Pas, Mustafa Ali
2. Datuk Abdul Rahman Bakar
  • Ketua Umno Bahagian Marang
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia.
  • "giant-killer" pernah menewaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 2 kali.
3. Datuk Tengku Putera Awang
  • Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu.
  • Bekas Timbalan Menteri Kewangan.
4. 2 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)


Pada sidang akhbarnya, Idris yang juga MB Terengganu yakin calon muka baru yang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya peringkat sarjana muda itu mampu menjana kecemerlangan Terengganu.

Itu tidak dinafikan, namun rata-rata rakyat Terengganu menyifatkan muka-muka baru itu sebagai calon "payung terjun" yang tidak dikenali dan bukan kegemaran mereka.

Untuk menunjukkan protes, beberapa siri demostrasi secara aman telah diatur dengan harapan BN Terengganu membuat perubahan di saat akhir. Tinjauan en.lanun disekitar Batu Buruk jam 3 petang tadi kira-kira 1000 menyertai demostrasi tersebut. Mereka telah mengemukan wakil bahagian masing-masing untuk berucap serta merakamkan untuk diserahkan kepada MB.
Difahamkan pada sebelah malam sebelum itu mereka turut berpiket di hadapan rumah MB di Batu Buruk.

Berikut adalah gambaran situasi sekitar perhimpunan aman yang diadakan pada sebelah petang tadi:












____________________________________________________________________

TERKINI : DEMOSTRASI DAN PENYERAHAN MEMORANDUM TERHADAP MB TERENGGANU!!!

Esok akan diadakan satu himpunan penyerahan memorandum terhadap MB Terengganu ekoran pengguguran Dato Rosli Mat Hassan (Pok Rosli) sebagai calon Parlimen Dungun.



Share


0 comments:

Catat Ulasan

 

1Dungun (www.1dungun.blogspot.com dahulunya dikenali sebagai myDungun (www.mydungun.blogspot.com), jesteru itu segala artikel- artikel dan komen - komen yang diterima di dalam blog ini adalah sebahagian daripada Blog myDungun sehinggalah artikel yang bertarikh 23 Mac 2010.Walaubagaimanapun, sebagai langkah penjenamaan semula ke arah penulisan yang lebih formal dan profesional. Tidak kesemua artikel – artikel serta komen – komen asal dari myDungun dipaparkan di sini, malah ada diantaranya diubahsuai semula (dari masa ke semasa dari segi gaya penulisan dan sebagainya. – Pentadbir Blog 1Dungun.