Sejak bila ianya dibina tak sempat plak En.Lanun nak siasat. Nanti la En.Lanun akan ambil sampel bangunan tersebut untuk membuat ujian kimia di makmal bersama pakar kajihayat dari Uganda Timur dan temuramah dengan Makcik Bedah penjual kerepek pisang yang berjaya di sekitar jalan Albalion Road yang terletak di Real Madrid, Sepanyol. En.Lanun sempat jugak melihat beberapa buah filem kat situ. Antaranya Power Rangers The Movie (maklum la time tu En.Lanun masih kanak-kanak riang), Sembilu, dan beberapa buah cite Indonesia. Selain tu jika tiada duit maka En.Lanun menyelak daun pintu ditepi bangunan tersebut dan menyendalnya dengan anak batu bersama rakan-rakan untuk “skodeng” cite kat dalam. Pernah jugak sekali tu dikejar oleh pekerja panggung tu.
Setelah ditutup kerana penduduk Dungun ni mempunyai pemain HV sendiri (tape yang besar tu…time tu takde VCD lagi). Tape tersebut dapat disewa di beberapa buah kedai sekitar Dungun dengan kadar RM10 untuk 3 tape kalau tak silap, tapi sebelum tu kena daftar keahlian dulu. Maka secara tidak langsung dan secara siaran langsung pengunjung di panggung ni berkurangan. Beberapa saat, detik dan ketika kemudian ianya ditutup dan tidak digunakan.
Ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali struktur fosil ini dengan membuka kedai perabot, tetapi tidak lama kemudian ianya hangus terbakar sebagaimana babak kebakaran yang dtayangkan oleh panggung ini suatu masa dulu. Kini ianya dibiarkan usang dan ada juga aktiviti yang tidak sihat berlaku didalamnya seperti “mencucuk dadah” “menghidu gam“. “Yelah dah tempatnya pun terbiar takkan nak buat aktiviti sihat seperti senamrobik atau memasak plak kat situ” komen Cristiano Ronaldo ketika Manchester United membuat lawatan sambil belajar di Teluk Gadung beberapa tahun yang lepas.
Tapak tanah bangunan ini hanyalah pajakan sementara kepada pemilik bangunan ini dan ianya telah tamat sekitar tahun 1996 macam tu lah. Tetapi disambung kembali pajakannya oleh kerajaan negeri (peringkat daerah) ketika itu untuk 99 tahun lagi (kalau tak silap la). Oleh itu tiada siapa yang oleh menceroboh, atau merobohkan bangunan ini. Tiada sebarang injuksi mahkamah dapat dibuat. Maka penduduk Dungun perlu menunggu 99 tahun lagi untuk melihat monumen ini tidak dilihat. Betul ke ayat aku? Lantak la……..
FAKTA : Tahukah anda, walaupun sedemikian buruk rupanya Bangunan Fajar ini, ianya masih diletakkan tanda ” UNTUK DI SEWA”.